Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah seorang manusia dan seekor jengking.
Pada suatu hari ketika sedang berjalan-jalan di pinggir taman, seorang lelaki tua terpandang pada seekor jengking yang tergapai-gapai didalam lopak. Jengking hitam sebesar ibu jari kaki itu berkisar-kisar cuba memanjat tebing, tapi setiap kali mencuba ia jatuh. lelaki tua dibaluti rasa simpati. Di capainya jenking hitam itu, tapi belum sempat menyelamatkannya, haiwan tersebut menyengat jari lelaki tua itu. Sakitnya bukan kepalang. Anehnya setiap kali itu juga dia cuba mengangkat jengking tersebut keluar dari lopak.
Sifat Manusia & Jengking Berbeza
"Kenapa pak cik nak selamatkan jengking ni? Dah berkali-kali jari pak cik disengat, tapi pak cik masih nak mencuba. Kenapa? " tanya seorang pemuda yang dari tadi memerhatikan lelaki tua tersebut.
lelaki tua itu berkata "Menyengat adalah sifat semulajadi seekor jengking. Tapi sifat semula jadi manusia ialah menyayangi. Kenapa kita mesti korbankan sifat semulajadi kita itu kepada sifat semulajadi seekor haiwan?"
Selepas berkata demikian, lelaki tua mencuba lagi untuk mengeluarkan jengking itu dari lopak, berkali-kali hingga berjaya. Lelaki tua tersenyum puas biarpun bisa sengatan jengking itu telah menular keseluruh tubuhnya.
Jangan Jadi Seperti Jengking
Kesimpulannya disini, memang sukar untuk menjadi pak cik ni. Tapi kita masih boleh mencuba untuk buat yang terbaik. Sekurang-kurangnya kita dapat mengawal diri dari melakukan atau membalas dendam ke atas sesiapa sahaja yang melakukan kejahatan kepada kita. Perbuatan jahat tidak semestinya dibalas dengan kejahatan. Dan yang paling penting jangan pernah sesekali berputus asa untuk melakukan kebaikan kerana kita adalah manusia yang penuh sifat kasih sayang bukannya jengking.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
kita adalah manusia hina tapi geram paling itu kita akan mudah hilang pertimbangan
ReplyDeleteNice info Raudzah :)
ReplyDeleteperkongsian yg baik.. :) kadang2 org suka buat kesimpulan sendiri je
ReplyDeletetq share ye gd one !
ReplyDeletebetul tu..jangan laa pernah berhenti daripada membuat benda yang baik..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
fae suka the story above. sgt2 mendalam message that it is trying to convey.
ReplyDeletesemoga kita semua mengambil ikhtibar dari kisah ini raudzah..
ReplyDeletesinggah isi tabung.. :D
ReplyDeletecerita yang baik dan penuh pengajaran..buka hati kita..
ReplyDeletePerkongsian yg penuh pengajaran & panduan hidup.. t kasih.
ReplyDeleteشركة غسيل مسابح بالدمام
ReplyDeleteشركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ارخص شركات نقل العفش بالدمام
شركة غسيل الفلل بالدمام
شركة غسيل كنب بالدمام
نقل العفش بمكة
شركة مكافحة حشرات بالدمام
https://trello.com/jumperads