Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,
Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah Kulit Lembu Yang Telah Mengubah Dunia.
Pada suatu hari seorang Maharaja di sebuah negara yang "tiada nama" telah membuat keputusan untuk keluar mengembara ke tanah-tanah jajahannya dengan diiringi laksamana dan para pembesar negeri. Dalam perjalanan pulang dari pengembaraan yang jauh itu, maharaja mengeluh kepenatan. Tapak kakinya melecet.
Penasihat baginda mengangguk, begitu juga dengan para pembesar negeri yang mengiringinya, kecuali seorang. Lelaki tersebut dengan sopan menghampiri maharaja dan berkata:
Kulit Lembu Yang Mengubah Dunia

"Jalan
di Tanah jajahan kita ni teruk. Batu-batunya tajam, berbonggol-bonggol.
Habis luka kaki beta." Maharaja mengeluh ketika tabib menyapu luka pada
tapak kakinya.
Apabila
tabib menyudahkan kerjanya, maharaja mengeluarkan arahan, "Suruh rakyat
jelata sembelih binatang ternakan mereka. Kemudian lapikkan setiap inci
jalan di seluruh negeri ini dengan kulit binatang tadi."
Dunia Berubah Kerana Kita Berubah
Kulit Lembu Di Buat Kasut
Penasihat baginda mengangguk, begitu juga dengan para pembesar negeri yang mengiringinya, kecuali seorang. Lelaki tersebut dengan sopan menghampiri maharaja dan berkata:
"Tuanku,
daripada menghabiskan harta negara dan menyusahkan rakyat, bukankah
lebih baik dipotong sedikit kulit binatang tersebut dan buatkan pelapik kaki
tuanku?"
Maharaja
terkejut kerana itulkah kali pertama ada orang berani menyanggah
kata-katanya. Tapi beberapa detik kemudian maharaja tersenyum seraya
berkata:
" Ok, Beta bersetuju sepasang kasut dibuat untuk beta."
Kesimpulannya
disini, kita sentiasa mengharapkan orang lain melakukan perubahan untuk
kita. Tapi kita tidak sedar untuk menjadikan dunia ini lebih indah dan
bermakna, yang perlu berubah bukanlah orang lain atau seluruh dunia,
tetapi diri kita sendiri....
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
Cerita menarik di pagi hari :)
ReplyDeletehanya kita yang mampu mengubah diri kita..
ReplyDeletehappy sunday Raudzah .. ^_^ moga kita mendapat iktibar dari cerita ini
ReplyDeleteSubhanallah.. cerita yg membuka minta.. salam hujung minggu, semoga sentiasa ceria.. :)
ReplyDeletesbg pemimpin..perlu juga mendengar pendapat org bawahan
ReplyDeletecerita sangat menarik dan punya makna tersirat..nice..
ReplyDelete