Masterchef Malaysia All Star Episod Pertama

Photo: Inilah wajah-wajah 20 peserta #MasterchefMYALLSTARS . 
20 Peserta Bersedia Menerima Tugasan (Source)

Masterchef Malaysia All Star


Episod Pertama Mastercef Malaysia All Star dah bermula malam tadi. 20 peserta kelihatan begitu bersemangat untuk bertarung pada musim ni. Yalah masing-masingkan pernah gagal di episod-episod sebelum ni kan. Set Masterchef kali ni pun ada perubahan. Siap ada stage lagi untuk para juri.

Photo: 3 juri hebat #MasterchefMYALLSTARS 
Juri-Juri Di Atas Stage (Source)

Ujian Peti Misteri


Seperti biasa pertarungan bermula dengan Ujian Peti Misteri. Kali ni mereka agak terkejut kerana perlu kembali memasak juadah yang menyebabkan mereka terkeluar di musim-musim yang lalu. Enam yang terbaik telah dipilih. Antaranya ialah masakan diva Azwan Ali, Imelda dan  Raja Azmi.

 
Mee Goreng Suami Bertarung Azwan Ali (Source)

Dan pemenang untuk ujian peti misteri yang pertama adalah Raja Azmi. Sebagai hadiah beliau tidak perlu memasak untuk Ujian Cipta Rasa. 

Photo: nampak lazat. Macam mana dengan komen anda? #MasterChefMYALLSTARS #RAJAAZMI 
Raja Azmi (Pemenang Sajian Misteri) (Source)

Cabaran Cipta Rasa


Bagi cabaran Cipta Rasa peserta perlu memasak masakan kegemaran mereka yang di telah diimprovise. Pemenang pusingan ini adalah Syahriah dengan masakan yang diberi nama Percikan Kasih.

 Photo: Hidangan dari Shahriah. apa komen anda? #MasterChefMYALLSTARS #Shariah 
Masakan Syahriah (Ujian Peti Misteri) (Source)

Kalau sebelum ni hanya ada sorang pemenang, tapi kali ni ada dua pemenang untuk pusingan Ujian Cipta Rasa. Dan pemenang kedua adalah Celina dengan masakan Shiitake mushrooms. Tahniah buat Shahriah dan Celina kerana berjaya memenangi pusingan cabaran Cipta Rasa yang pertama. Kedua-dua mereka bakal menjadi ketua pada pusingan kumpulan.

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1470138_652951894754974_1270621470_n.jpg
Masakan Celina (Ujian Peti Misteri) (Source)

Ujian Penyingkiran


Seperti biasa kalau dah ada pemenang mestilah ada yang bakal memasuki pusingan penyingkiran. Antara mereka yang bakal bertarung di pusingan penyingkiran malam ni adalah Along, Syanie, Brian, Azni, Azlina dan Shahora.

Photo: hidangan dari Brian. apa komen anda? #masterchefMYALLSTARS #Brian
Masakan Brian (Source)
Photo: Masakan dari Imelda. Apa komen anda? #MasterChefMYALLSTAS #Imelda 
Masakan Imelda (Source)

So jangan lupa saksikan pusingan penyingkiran malam ni ya di Astro 104 dan Maya HD 135.

Comments

  1. Ini di Indonesia ada juga.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tengok malam ni k..kita suka tengok masakan dia orang..nampak macam kreatif..

      Delete
  3. Tgk kejap je.. X brp nk mnat tgk rngn realiti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke Maria..tak apa kalau rasa-rasa boring boleh tengok ..boleh dapat idea nak masak apa..

      Delete
  4. lapar jadinya..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Pasti kali ni lebih hebat lagi persaingannya... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat