Breaking News

Sunday, November 24, 2013

Memberi Tanpa Syarat

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,


Sedekah Melipatgandakan Rezeki (Source)

Memberi Tanpa Syarat


Memberi Tanpa Syarat, adalah sebuah kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan pembaca-pembaca Blog Santai hari ni.

Kisah ni berlaku disebuah kampung di Utara. Ada sebatang pohon mangga yang sentiasa berbuah sepanjang tahun. Buahnya lebat dan kadang-kadang gugur begitu saja. Yang menariknya pokok ini masih berbuah lebat biarpun pohon-pohon lain disekitarnya "ketandusan". 

Makin Di Beri Makin Lebat


Pohon mangga ini adalah milik seorang pak cik di hujung kampung. Suatu hari si penulis bertekad untuk bertanyakan pak cik tersebut, bagaimana hal itu boleh terjadi. Mengikut pak cik tersebut, dia pun tak tahu sebabnya tapi menganggap itu rezeki Allah. Namun menurutnya sebelum ini dia bersikap tidak kisah jika ada sesiapa mahu mengambil buah mangganya. Sama ada memberitahunya terlebih dahulu ataupun tidak, dia tidak kisah. Malah menurutnya lagi, dia perasan bahawa semakin ramai yang mengambil buahnya, semakin lebat pula pokok itu berbuah.

Berkira Apabila Memberi


Kesimpulannya ada diantara kita yang begitu berkira dengan rezeki yang diberikan Allah kepada kita. Sesetengahnya sanggup melihat buah-buahan tersebut rosak dan gugur daripada berkongsi dengan pihak lain. Apa yang selalu dibayangkan adalah harta kita akan berkurang jika kita memberi. Ada juga yang sanggup bergaduh sesama sendiri hanya kerana sebiji mangga. Kita lupa akan hadis di bawah:
Tiada seorang muslim yang menanam satu tanaman, kemudian dimakan burung, manusia atau binatang ternak, kecuali hal itu bernilai sedekah untuknya. (Riwayat Bukhari) 
Biarpun cerita di atas adalah mengenai buah mangga, kisah ini juga pastinya applicable untuk harta-harta lain yang kita miliki seperti duit. Jangan takut untuk berkongsi sebahagiaan daripada RM yang kita ada untuk mendapat lebih RM.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam. 

12 comments:

  1. Betul tu. Terima kasih share. Peringatan untuk diri jugak.

    ReplyDelete
  2. setiap apa yang kita beri kepada orang lain secara ikhlas, Allah s.w.t pasti akan membalasnya....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. puteri setuju..rezeki itu datang dariNYA..jadi apa salahnya kita berkongsi kan :)

    ReplyDelete
  4. Mmg betul apa yg diperkatakan tu.. t kasih diatas peringatan.

    ReplyDelete
  5. semoga kita semua mengambil ikhtibar dari kisah ini.. memberi tanpa syarat dan mengharap balasan yang paling baik..

    ReplyDelete

  6. شركة نقل عفش
    اهم شركات مكافحة حشرات بالخبر كذلك معرض اهم شركة مكافحة حشرات بالدمام والخبر والجبيل والخبر والاحساء والقطيف كذلك شركة رش حشرات بالدمام ومكافحة الحشرات بالخبر
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف خزانات بجدة الجوهرة من افضل شركات تنظيف الخزانات بجدة حيث ان تنظيف خزانات بجدة يحتاج الى مهارة فى كيفية غسيل وتنظيف الخزانات الكبيرة والصغيرة بجدة على ايدى متخصصين فى تنظيف الخزانات بجدة
    شركة تنظيف خزانات بجدة
    شركة كشف تسربات المياه بالدمام
    شركة نقل عفش واثاث

    ReplyDelete

Designed By