Misteri Bongkah Batu Bergerak Sendiri
Sejak berkurun dahulu, masyarakat Red Indian yang mendiami Dataran Sierra Nevada, Amerika, takjub dengan kisah misteri bongkah batu bergerak sendiri. Fenomena batu bergerak sendiri itu berlaku di Racetrack Playa yang menempatkan Tugu Kebangsaan Death Valley.
Di kawasan seluas 2 kilometer lebar dengan 5 kilometer panjang itu, bongkah-bongkah batu yang seberat 320 kilogram kerap beralih tempat dengan meninggalkan kesan seretan yang panjang, seolah-olah dilakukan oleh manusia ataupun haiwan. Jarak paling jauh pergerakan bongkah-bongkah itu ialah 262 meter.
Selama
bertahun-tahun mereka berusaha menyiasat siapakah yang begitu gagah
dapat menggerakkan batu-batu itu, namun hasilnya mengecewakan.
Bongkah Misteri Bukan Faktor Fenomena Alam?
Suatu ketika mereka pernah pengupah pengawal-pengawal untuk mengintai pergerakan bongkah batu tersebut pada waktu malam. Keesokan harinya mereka melihat banyak kesan seretan bongkah batu tersebut di mana-mana di sekitar kawasan berkenaan. Namun, apabila ditanya mengapa bongkah-bongkah batu tersebut bergerak, mereka hanya terpinga-pinga. Padahal pada
malam itu mereka tidur disekeliling batu.
Sehingga hari ini, tiada siapa yang mengesahkan bagaimana kejadian batu bergerak itu berlaku. Biarpun pelbagai teori dikeluarkan yang mengaitkan pergerakan batu tersebut dengan pergerakan angin, air batu, saiz batu dan struktur tanah, tiada satupun yang dapat diterima kesahihannya. Kebanyakan teori dapat disangkal kewujudannya.
Persoalan yang masih menjadi misteri adalah, jika apa yang disaksikan bukannya fenomena alam, siapakah punya angkara? Hanya Allah yang maha mengetahui.
Kuasa Allah. Macam mana boleh bergerak.. Subhanallah.
ReplyDeleteSubhanaAllah..
ReplyDeleteSubhanallah.. sesuatu yg baik utk kita renung2 kan.. 263 m jauh tu utk batu yg seberat tu.. wallahualam..
ReplyDeletesatu keajaiban Allah untuk kita berfikir kebesaran-Nya..
ReplyDeleteKuasa Allah. Hanya Allah yg Maha Mengetahui
ReplyDeletebanyak yang kata bukan itu kuasa Tuhan
ReplyDeleteMisteri jugak tu..... tp tak de yg mustahil kalau Allah kata Kun Fa Ya kun.....kan Raudzah...
ReplyDeletemisteri alam..
ReplyDeletedah diupah pengawal pun masih x tau punca nya yer...teruskan siasatan yer... :)
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش
ارخص شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بتبوك