Muzium Paling Seram Di Dunia


 
Mumia Bangsawan Yang Mengerikan (Source)

Muzium Paling Seram Di Dunia


Catacombs of Palermo di Italy adalah dikenali sebagi salah sebuah muzium paling seram di dunia. Asalnya ianya bukanlah dibina untuk menjadi sebuah muzium. Tapi akhirnya itulah yang terjadi. Dan kini ianya begitu popular dan dikenali sebagai salah sebuah Muzium Kematian. Didalamnya pelawat-pelawat boleh melihat beratus-ratus mumia dari golongan sami-sami yang berkedudukan tinggi hingalah golongan rakyat biasa. Mumia-mumia ini diletakkan dalam keadaan berbaris di sepanjang dinding dalam pakaian di mana mereka telah dikebumikan.

Mumia-mumia Yang Di Asing Berdasarkan Status (Source)

Mumia-mumia yang terdapat disini adalah merupakan mereka-mereka yang meninggal dunia di antara abad ke-17 dan ke-19. Mumia-mumia ini diasingkan berdasarkan status mereka semasa hidup. Kebanyakan mereka semasa hayatnya mewasiatkan bagaimana mereka mahu kelihatan setelah mati. Itulah yang ditunaikan oleh penjaga muzium ini.
   
 
Rosalia Lombardo Yang Meninggal Pada Tahun 1920 (Source)

Mumia Yang Mengerikan


Mumia-mumia yang dipamerkan di Muzium ini sangat terpelihara. Udara yang sejuk dan persekitaran yang kering membuatkan mereka kelihatan seperti orang yang sedang nyenyak tidur. Walau bagaimanapun mereka-meraka yang pernah melawat ke sini dapat merasakan "keseraman" tersebut apabila memasuki kedalam muzium dan melalui kawasan-kawasan pameran. Ada diantara mumia-mumia ini kelihatan begitu mengerikan dengan mulut ternganga dan mata terjojol. Mereka juga kelihatan seperti begitu bersedia untuk bangun pada bila-bila untuk menyerang pengunjung.

Comments

  1. Memang benar-benar menyeramkan.. terimakasih sudah share

    ReplyDelete
  2. Erkk...mmg serammmmm taknak la dtg cni

    ReplyDelete
  3. wahh seronoknya nie : ) suka tengok bend2 pelik..ini original or patung ?

    ReplyDelete
  4. Terseksa mereka2 tu sebenarnya.. wallahualam..

    ReplyDelete
  5. perlu kekutan mental juga masuk sini..kesian,jenazah tidak diuruskan seperti sepatutnya...

    ReplyDelete
  6. Takkan ku masuk muzium ni... Mau xtidor malam dibuatnye

    ReplyDelete
  7. try datang muzium perang kat penang tengok.. rambut kepala yg dipotong tentera jepun bersepah dalam telaga kat sana..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat