Rakyat Malaysia Pengotor ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2qpDnv6RGhAP9tWG1ceYSI2EKpMT6qBUNobH50u7WtE1jUP9QMyFQ47bIeBu67bwqbwOepDBoA9pTaTau4UrelGuOpNny5iyEgOlsApcW2r_ph8YM5ggb8Da7nQpXuAjZr2Sl2c09fw/s1600/tandas+kotor.jpg 
Tandas Kotor

Rakyat Malaysia Pengotor ?


Betul ke ramai rakyat Malaysia pengotor?  Kenyataan ini sebenarnya ada kaitan dengan statistik yang dikeluarkan hasil review yang dijalankan oleh pihak audit. Laporan yang dikeluarkan oleh pihak Audit menunjukkan hampir 61% daripada 10,257 tandas awam yang diaudit  adalah tidak memuaskan. Hanya 350 buah tandas atau 3.41% sahaja yang layak diberi penarafan lima bintang. Yang lain hancus. Rasanya kenyataan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Tandas Di Masjid Kotor 


Berdasarkan pengalaman kita sendiri, tandas-tandas awam ni sememangnya tidak memuaskan. Kotor dan menjijikkan sebahagian daripadanya.  Even tandas-tandas di kawasan masjid atau surau juga kotor dan tidak terurus. Kita tak faham kenapa boleh jadi macam ni. Padahal yang datang ke situ boleh dikatakan semuanya adalah orang Islam yang datang untuk bersuci sebelum menunaikan solat. Semuanya cantik-cantik dan hensem-hensem. Tapi bila part tandas fail.  

Tandas Melambangkan Kebersihan


Dalam Islam kebersihan adalah perkara paling asas. Dan orang kata kalau nak tengok samada seseorang tu pembersih atau pengotor, tengoklah bilik air atau tandas di kediamannya. Dan rasanya semua orang taukan, bahawa Syaitan sangat-sangat suka dengan benda-benda kotor ni. So tolonglah jaga kebersihan. Tidak kiralah tandas itu di kediaman kita mahupun ditempat awam ya.

Comments

  1. Setuju sgt nih... Bru diisukn dgn suami smlm.. Mna2 je ada smpah... Kt mna duduk situlh dibuang...huhu

    ReplyDelete
  2. saya sependapat dengan Maria...sesetengah orang Malaysia nie memang tiada kesedaran sivik..kekadang berdiri sebelah tong sampah pun masih mau buang sampah atas jalan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. memang segelintir rakyat Malaysia tak tahu nak jaga kebersihan..kadang-kadang geli je nak masuk tandas awam..

    ReplyDelete
  4. tandas sekolah pun selalu kotor tak terkata..

    ReplyDelete
  5. nak setuju sgt, dari pengalaman KA sendiri rasanyer x sampai 10 % pun yg bersih kat mesia ni !

    ReplyDelete
  6. Betul tu, kebanyakan kemudahan awam tidak bersih dek penggunanya yang tidak tahu jaga kebersihan.

    ReplyDelete
  7. aiza kalau dalam perjalanan balik kampung kalau boleh nak cuba elak singgah di tandas awam.. tapi kalau dah tak tahan tu terpaksa la juga.. hehe.. kebanyakan tandas di R&R sudah diselenggara dengan baik oleh pihak PLUS..

    ReplyDelete
  8. Mmg jadi kebiasaan kita bila ckp ttg tandas awam, fikiran akan terfikir yg menggelikan sbb mmg kebiasaannya mcm tu.. bila singgah ke tandas awam yg bersih, hati kita akan terperanjat & mula bercerita kpd keluarga atau rakan ttgnya.. "wah.. tandas tu bersih!!.. ini disebabkan mmg kebiasaannya kotor.. harap2 lepas ni bersihlah kebanyakannya..

    ReplyDelete
  9. m3h jarang msuk tandas awam..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat