Sindiket Penjualan MyKad Palsu Terbongkar!!!!!

 
 Antara Pemegang MyKad Palsu (Source)

Dalang Pengeluar MyKad Palsu Di Tangkap


Pengkhianat negara yang menjadi dalang mengeluarkan MyKad Palsu akhirnya di tahan polis untuk siasatan lanjut. Pasangan suami isteri dari Miri yang ditangkap adalah merupakan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mereka bakal didakwa berkaitan dengan penjualan MyKad palsu kepada warga asing dengan harga RM500.00 setiap satu

Kalau sebelum ni kita dimaklumkan bahawa harga sebuah MyKad Palsu adalah sekitar RM200.00 ke RM300.00. Nampak gayanya harga yang tawarkan ni hampir dua kali lebih mahal. Wah masyuk business ni. 

Tapi tulah sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah jua akhirnya. Kekayaan yang ada pun tak bermakna bila dipenjarakan. So pada sindiket-sindiket di luar sana, berhentilah dari menjadi pengkhianat negara ya. Banyak lagi business yang halal untuk jadi kaya. Tolong jangan jual negara ya!!!!!

Comments

  1. mudahnyer sebenarnyer nk dptkan ic palsu n i kan !

    ReplyDelete
  2. mcm2. huhu. sng sgt kot nk tiru gamaknya

    ReplyDelete
  3. Tapi mesti ade org dlm yg tlg tu gak kan...

    ReplyDelete
  4. slm singgah baca & saya clik2 nuffnang juga

    ReplyDelete
  5. ic tu tak palsu. cuma cara pengeluarannya je tak sah. saya rasa macam ada something je yang masih tersembunyi. yang kena tangkap tu pembuat.. tapi yang mengesahkan kan pegawai.. so pegawai tu tak kena tangkap ke?

    ReplyDelete
  6. hmm.. harapkan pagar, pagar jual ic.. hmmm..

    ReplyDelete
  7. hurmmm... sanggup buat kerja haram mcm nie... kan dah kene tangkap.. padan muka..

    ReplyDelete
  8. ada macam cara ornag nak buatkan sabalah dunia

    ReplyDelete
  9. Kena check betul2... mungkin ada ramai lagi rakan kongsi mereka nie.. atau pun mungkin mereka berdua nie hanya anak ikan yang ditangkap dimana bapaknya masih bebas diluar sana... :]

    ReplyDelete
  10. menarik jga ye isu ne. semoga pihak berkuasa akan melakukan tindakan yg sewajarnye utk membanteras kegiatan ne.

    ReplyDelete
  11. pihak berkuasa kena terus pantau..pasti ada dalang-dalang lain

    ReplyDelete
  12. Jenis ni mmg betul2 pengkhianat negara.. menyusahkan warganegara yg lain spt kita.. Semoga terus dibentras kesemuanya.

    ReplyDelete
  13. Emmm tengok tu rupanya dalangnya orang dalam yg tak bertanggungjawab jugak... Tak semuanya staff cenggitukan Raudzah

    ReplyDelete
  14. orang dalam juga....

    ReplyDelete
  15. mahalnya rm500, boleh jadi pak cik kaya.. betul tu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat