11 Langkah Untuk Kurangkan Kos Negara - PM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhunfNXyNnapfrE7QQ8hHtB81LZbL1uZdwpAlv49paAzjGObzsfi2lcLS-sU6ojCujl7asXM3bkhOAT7nF2nGBQHgxLystJEXU8eGFxkBnv85I9r2jPUOVN8ZEj-IR0DrWHzBcgYkkFt0c/s1600/najib-tun-razak.jpg
11 Langkah Untuk Kurangkan Kos Negara - PM

11 Langkah Untuk Kurangkan Kos Negara


Sebagai tanda perihatin terhadap kesusahan rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan kos perbelanjaan negara. Ini adalah antara langkah-langkah yang di ambil kerajaan untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah. 11 langkah tersebut adalah:

1. Mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10% bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

2. Mengurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 ( 30%),
kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred Jusa C.

3. Meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik bagi penjawat awam Gred Jusa C ke bawah kepada Kelas Ekonomi.

4. Mengurangkan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

5.
Membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

6. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

6. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

7.
Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara.

8. Mengurangkan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan.
 
9. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman.

10.
Mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

11. Mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Terima kasih lah wahai kerajaan Malaysia kerana perihatin. Harap-harap ianya dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk membantu rakyat ya!!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat