5 Cara Untuk Membuat Jiwa Tenang

http://gambar.co/wp-content/uploads/2013/01/Gambar-kata-islami-ketenangan-hati.jpg 
Hanya Dengan Mengingati Allah, Jiwa Kita Akan Lebih Tenang

5 Cara Untuk Membuat Jiwa Tenang


Memiliki ketenangan jiwa adalah impian setiap manusia. Orang yang jiwanya tenang sentiasa dapat merasai kegembiraan dalam apa jua keadaan sekalipun. Ketenangan jiwa tidak boleh di beli atau di buat-buat. Ianya lahir dari hati dan terpancar di wajah.

Ada banyak cara untuk membuat jiwa kita menjadi tenang. Antaranya:

1. Banyakkan Membaca/Mendengar Bacaan kitab Suci Al-Qur'an


Ketenangan jiwa akan kita perolehi jika kita mencintai al-quran dan sentiasa ingin mendekatkan diri kita dengan nya. Jika orang yang bercinta sentiasa ingin bersama, maka dengan al-quran juga caranya harus sama. Pastikan kita peruntukkan masa untuk membaca al-quran setiap hari biarpun hanya beberapa potong ayat. Dan ambilah peluang untuk memahami maksud bacaan kita.

2. Banyakkan Berzikir Mengingati Allah.


Jiwa kita akan tenang jika kita sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah dengan memperbanyakkan zikir dan membaca kalimah-kalimah Allah. Perhubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah diganggu gugat oleh sesiapa pun. Apabila hati sentiasa mengingati Allah maka syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita.

3. Sentiasa Bersyukur Dengan Pemberian Allah


Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita sentiasa bersyukur atas segala pemberian Allah s.w.t, biarpun sedikit. Ingatlah betapa ramai manusia di dunia ini yang kurang bernasib baik samada dari segi pekerjaan, kekayaan, kesihatan, rupa paras dan juga pendidikan. 

"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, berarti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjamaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

4. Sentiasa Menjaga Hubungan Sesama Manusia


Ketenangan jiwa akan kita perolehi, jika kita berusaha menjaga hubungan dalam keluarga dan juga mereka-mereka yang berada disekeliling kita.  

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

5. Sentiasa Berfikiran Positif


Jiwa kita akan lebih tenang jika kita sentiasa berfikiran positif. Yang menjadikan jiwa kita kusut selalunya adalah perasaan negatif yang ada didalam hati kita. Terlalu banyak keluh kesah dan tidak puas hati. Jika kita berfikiran positif, yang susah selalunya akan jadi senang kerana kita melihat sesuatu dari banyak sudut. Pilihan kita tidak terbatas.

Comments

  1. betul tu dear..dengan mengingatiNya hati kita akan menjadi tenang..

    ReplyDelete
  2. terima kasih dengan perkongsian yang amat bermanafaat ini.. senyum sentiasa... :)
    selamat pagi..

    ReplyDelete
  3. insya-Allah hati akan menjadi tennag dengan melakukan 5 perkara seperti di atas.. terima kasih di atas perkongsian ini raudzah..

    ReplyDelete
  4. Semua item di atas adalah betul...

    Thanks sis.. :D

    ReplyDelete
  5. selamat pagi Rauzhah..actually dkt tgahari dah ,=__= hehe..setuju sangat dgn tips2 diatas.apapun doa bnyak2 dgn Allah sbb DIA yg berkuasa membolak balikkan hati kta :)

    ReplyDelete
  6. betul tu..terima kasih ye sis..

    ReplyDelete
  7. betul tu.. In sha Allah !

    ReplyDelete
  8. betul tu .. betul .. :)) Insyaallah .. jiwa jadi tenang ..

    ReplyDelete
  9. Jiwa yang tenang...itulah yg diidamkan

    ReplyDelete
  10. baca al quran exactly true.kalau baca segala masalah akan hilang.tenang sgt.kuasa allah.indah sgt

    ReplyDelete
  11. Subhanallah walhamdulillah... semoga kita semua sentiasa beroleh ketenangan jiwa.. aamiin..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih di atas perkongsian semoga bermanfaat buat semua.

    ReplyDelete
  13. Btul tu..setuju sgt2..lagi satu terbaca kalau kita lewatkan solat pun punca hati xtenang..

    Jom jln2 blog akak jom..salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  14. Btul tu..setuju sgt2..lagi satu terbaca kalau kita lewatkan solat pun punca hati xtenang..

    Jom jln2 blog akak jom..salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  15. Btul tu..setuju sgt2..lagi satu terbaca kalau kita lewatkan solat pun punca hati xtenang..

    Jom jln2 blog akak jom..salam ukhuwah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat