6 Cara Untuk Menjimatkan Bil Elektrik
Bil Elektrik Naik Lagi!!!!
Bil Elektrik Naik Lagi
Pengumuman kenaikan tarif elektrik mulai 1 January 2014, telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikhalangan ramai pihak. Samada kita pengguna elektrik dibawah 300kw atau lebih, semuanya bakal mendapat tempias. Samada secara direct or indirect.
Ini adalah hakikatnya. Dan hakikat ini adalah sangat berbeza dengan fahaman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek yang mengeluarkan kenyataan ini melalui twitternya:
“Tarif elektrik naik, jangan kita cepat sangat mengamuk dan tunding jari salahkan semua pihak.“…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi, bertenanglah.”
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Hasan ini definitely tak rational. Mungkin dia tak faham atau sengaja buat-buat tak faham implikasi setiap keputusan yang di buat. Kenyataan ini lebih kurang sama dengan kenyataaan Bung Moktar last time apabila ramai yang mempersoalkan kenaikan harga RO 95. Ingat tak?
Nway, lets forget about them. Jom kita tengok apakah 6 Cara yang boleh kita lakukan Untuk Menjimatkan Bil Elektrik. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan kesan lansung kenaikan tarif elektrik.
6 Cara Untuk Menjimatkan Bil Elektrik
Kurangkan Penggunaan Detergen
Jangan gunakan terlalu banyak detergen apabila membasuh pakaian. Penggunaan detergen dalam quantiti yang banyak menjadikan mesin basuh kita terpaksa bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga.
Gunakan Lampu Apabila Perlu
Pastikan lampu ditutup diruang-ruang yang tidak digunakan. Lampu di dalam bilik keseluruhannya mungkin tidak diperlukan jika kita berblogging atau membaca buku/paper.
Shut Off Dan Cabut Peranti Elektronik Apabila Tidak Digunakan
Komputer contohnya akan terus "menarik" kuasa walaupun telah di off kan, selagi ia
dipasang ke dalam soket elektrik . Jadi mencabut plag adalah cara yang terbaik untuk menjimatkan bil elektrik.
Kurangkan masa mandian Untuk Kurangkan Elektrik
Jangan mandi terlalu lama. Ini
bukan sahaja akan menjimatkan air, tetapi ia juga akan menjimatkan
tenaga elektrik yang diperlukan untuk mengepam dan memanaskan air.
Gunakan mentol Fluorescent
Gunakan mentol lampu Fluorescent kerana ianya menggunakan tenaga 75% kurang dan tahan lebih lama berbanding mentol lampu biasa. (incandescent light bulbs).
Hanya Gunakan Pendingin Udara Jika Benar-Benar Perlu
Pendingin udara biasanya menggunakan tenaga elektrik lebih daripada peralatan lain. Secara purata ia menggunakan 16 % daripada jumlah keseluruhan tenaga elektrik. Oleh itu adalah lebih bijak jika penggunaannya dihadkan. Digunakan jika kita benar-benar perlu.
nice sharing. terutamanya yg 1st tu
ReplyDeletenice info..:)
ReplyDeletepasni jimat la sabun sbb basuh dgn efisyen. elektrik mahu jimat, sabun pun sama! hehe
ReplyDeletebetul tu sis...tq tau?
ReplyDeletealhamdulilah thanks sharing ^_^ bagus entri nie
ReplyDeletebila guna mesin basuh pilih 'Quick Wash'.. dapat jimat letrik juga... :)
ReplyDeletethx for the info raudzah...kena berjimat cermat ni...
ReplyDeletefamily fae pasang aircond sebelah malam je hehe
ReplyDeletex faham kenapa tarif elektrik terpaksa dinaikkan,, adalah kesan daripada semua yg berlaku sekaran.. btw nice sharing blog santai.. lama x mngomen
ReplyDeletejangan malas lakukan kalau nak jimat geee
ReplyDeleteehehhee..kena berjimat la ne
ReplyDeletejimat cermat amalan mulia jangan membazir tak gitu raudzah? (:
ReplyDeletelepas ni kena lebih jimat menggunakan elektrik kan
ReplyDeletenice share.. harga minyak naik, rakyat kena jimat minyak. harga elektrik naik, rakyat kena jimat elektrik.. pak menteri?
ReplyDeletetips yang sangat bermanfaat.. terpaksa redha dengan kenaikan elektrik..
ReplyDeletedi rumah aiza takde aircond..isi tabung-tabung rudzah.. :D
ReplyDeleteJimat dah kat situ aiza..nwat thanks ya for the click...
Deletedan sy memang x setuju dgn kenyatan menteri tu..hmmmm, mmg la org kaya tak terasa kenaikan tu,bg yg bpendapatan rendah mcm mana pulak kan.. nice info Raudzah, baru tahu pasal laptop tu..slalu sy biarkan jer mcm tu tpasang..hehee
ReplyDeleteMacam2 lah yg naik....semua tu sgt2 terkesan kepade rakyat. Kalu setakat lektik je mungkin kite boleh terima, tapi tak...dari minyak, lektrik, akan dtg dgr bas skolah pon naik dinaikan start Januari (tak taulah jd ke tak, dorang mintak naik smpai 30%), pasal kenaikan tol pon saye ade gak terbaca kt satu paper ni tapi masih dlm pertimbangan....aduhhh....itu pon masih ckp tak terkesan pade rakyat...spechless...
ReplyDeleteDulu klu mlm org takut gelap.. eii takut2.. tp x lama lagi nnti.. bila mlm, org takut terang pulak.. takut2 bil naik.. :D :D
ReplyDelete