6 Kebaikan Mandi Awal Pagi
Mandi Di Awal Pagi (Source)
Mandi Di Awal Pagi
Mandi adalah aktiviti harian yang sering kita lakukan. Sejak kecil kita dilatih untuk mandi awal pagi. Yang sebaiknya adalah sebelum Subuh. Dan kita pasti ramai diantara kita yang melakukannya tanpa menyedari ada banyak kebaikan yang kita boleh perolehi daripadanya. Antaranya:
1. Mampu Melancarkan Peredaran Darah
Menurut kajian sebuah institusi kajian di Britain, jika seseorang sering mandi pagi dengan air sejuk maka peredaran darahnya akan menjadi lebih lancar. Tubuh juga akan menjadi lebih segar.
2. Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi dengan air sejuk di waktu pagi juga boleh meningkatkan sel darah putih dalam tubuh. Bila sel darah putih dalam tubuh meningkat maka daya tahan dan kemampuan tubuh dalam melawan virus pun akan meningkat.
3. Mengurangkan Risiko Hypertension
Mandi air sejuk pada waktu pagi juga boleh mengurangkan risiko mendapat darah tinggi (hypertension) dan mengeraskan pembuluh darah. Ianya adalah kerana air sejuk yang melalui tubuh kita pada awal pagi akan melancarkan seluruh peredaran darah pada organ tubuh.
4. Menjadikan Rambut Lebih Sihat
Mandi di awal pagi dengan air sejuk bukan sahaja membasahi rambut kita bahkan menjadikannya rambut kita lebih sihat. Air sejuk menutup pori-pori rambut sehingga mampu mengelakkan ia daripada luruh.
5. Meredakan Kemurungan
Mandi pagi dengan air sejuk juga memberi kesan kepada jiwa. Ia menjadikan jiwa dan fikiran kita lebih tenang dengan suntikan semangat baru. Perkara ini berlaku kerana air sejuk yang melalui tubuh kita di waktu pagi menyegarkan otot serta memberikan ketenangan kepada nya.
6. Memperbaiki Rangkaian Kesihatan Tubuh
Kebiasaan mandi pagi dengan air sejuk akan memberi kesan positif pada tubuh kita. Sebabnya tisu kulit akan menjadi semakin baik, kulit tidak kering dan menjadikannya lebih kenyal. Sebaliknya Mandi dengan air panas akan menyebabkan kulit lebih mudah berkedut. Selain dari itu, kuku kita juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah patah.
1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
SR: Penjelasan Ilmiah Tentang Ibadah Harian
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
SR: Penjelasan Ilmiah Tentang Ibadah Harian
hehe.. tgk keadaan nk mndi awal nih.. hihi.. tapi kecik2 dulu mak mmg suruh mndi awl pg sblum matahari naik.. huhu
ReplyDeletehehe..klu ada kelas bru nk mndi pepgi..klu x..mmg tghari la jwabnyer..
ReplyDeleteEhem.Tapi ramai yang jarang mandi pagi kalau tak bersebab. Banyak kebaikan tuu..
ReplyDeleteTernyata banyak manfaatnya ya mandi pagi waktu subuh hari,mantap infonya.
ReplyDeletebaru tahu hehe
ReplyDeletesuka2.. :) info2 kesihatan macam ni kasi banyak agi yer Raudzhah..
ReplyDeleteeei tb bru tau..tb bgn awal laa..sbb nk g keje..pas smyg subuh terus tdo blk heheh
ReplyDeleteNice info...
ReplyDeleteterbaik..
ReplyDeleteSunah juga tu mandi awal pagi terutama sblm subuh.. t kasih diatas perkongsian Raudzah.
ReplyDeleteINTI sini.. :)
Mandilah sebelum anda di mandikan....
ReplyDeletebanyak kebaikan mandi di awal pagi.. sejak kecil lagi diajar mandi awal pagi..
ReplyDeletelepas ny kena mandy pagi,.,.sjukk
ReplyDeletememang banyak manfaat mandi pagi kan...puteri sejak dulu memang dah biasa mandi pagi :)
ReplyDeleteAssalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
ReplyDeleteSatu perkongsian yang menarik mengenai mandi. Jemput ke blog saya untuk membaca mengenai 3 perkara perlu lakukan sebelum mandi pagi. Jalalboy