6 Lebuh Raya Paling Bahaya Di Malaysia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0lLk7eYDJoCZf_JBiwazjyEI9XWtj35mnSiJrT-URsQx5Vrzhak-jRltySaTIxgK9XwzaPJ_R98T_wWCo1HwauThweH95CDHo7hX7beyyBLkazximUHEQgTnB2LzAk1Cdlx0tXQx9xyo/s1600/lebuhraya.jpg
Lebuh Raya Utara Selatan

Lebuh Raya Paling Bahaya Di Malaysia


Pada tahun 2010, terdapat 6,872 kemalangan maut yang berlaku di Malaysia. Reka bentuk lebuh raya yang tidak sesuai dan dianggap bahaya adalah diantara penyumbang utama statistik kemalangan di Malaysia.

Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun 2011. (Source)

Selain daripada keadaan lebuh raya yang dianggap bahaya, penggunaan jumlah kereta yang tinggi ketika waktu-waktu puncak atau musim-musim perayan dan juga sikap pemandu jalanraya sendiri juga turut menyumbang kepada statistik kemalangan yang tinggi. 

6 Lebuh Raya Paling Bahaya Di Malaysia Adalah Seperti Berikut:

 
Lebuhraya Utara-Selatan

Lebuhraya Utara-Selatan

 
Pada 10 Oktober 2010, dua belas orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Km 223 di Lebuhraya Utara -Selatan, berhampiran Simpang Ampat Interchange, Melaka.

Pada 6 Disember , 2013, tiga warga Singapura pemilik Lamborghini yang berdaftar terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWza49VXzIWg5w8SGhvdwTGQZ4HZkjgZj67ntuLbqWBTf47bPiS0dx7uHwkQzzR1n7DHvbgMcO8UXzc9_RRQ8Fm-YZVPxPCDYUYus53Qj07eRIT2A4DqtCIijBoX8MdUexWDfbIGQQftKC/s400/DSC00053.JPG
Lebuh Raya Karak

Lebuh Raya Karak


Jalan raya yang menghala ke Genting Highlands dan Bentong merupakan antara tempat berhantu yang telah mengorbankan ratusan nyawa pengguna jalan-raya.

  
Kemalangan Di lebuh Raya Karak

Pada 28 Januari 1990, 17 orang termasuk 11 FRU terbunuh apabila berlaku kemalangan melibatkan kenderaan polis, sebuah lori tangki, sebuah bas penumpang dan 10 kereta di kilometer 32.5 lebuh raya tidak jauh dari Genting Sempah di Gombak, Selangor .

Pada 22 Ogos 2013, sebuah kemalangan jalan raya yang dianggap paling dahsyat di Malaysia berlaku apabila bas yang membawa lebihan penumpang terjunam ke dalam gaung di jalan Genting-KL. Seramai 40 orang terkorban.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/07/lebuhraya.jpg
Lebuh Raya Persekutuan

Lebuh Raya Persekutuan

 
Lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan terkenal dengan bahayanya terhadap penunggang motosikal. Ianya gelap, sempit, tidak diselenggarakan dengan baik. Banyak benda-benda tajam seperti paku berada di atas jalan tersebut. Sikap penunggang motosikal juga adalah antara penyumbang tegar kepada statistik kemalangan.

 

Pada 16 Jun 2013. tiga remaja terbunuh dan satu lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki di merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Shah Alam.

http://vintage.johnnyjet.com/image/PictureForNewsletterMalaysiaCameronHighlandsDrfiveWindyRoad.JPG
Simpang Pulai Cameron Highland

Simpang Pulai Cameron Highland

 
Pada 20 Disember, 2010, tragedi kemalangan yang berlaku di KM15 Jalan Cameron Highland - Simpang Pulai meragut nyawa 25 warga Thailand yang telah bercuti di resort bukit di Cameron Highland.

 
Kemalangan Di Simpang Pulai Cameron Highland

Sewaktu melalui jalan tersebut, kawalan kereta yang baik amat perlu terutama ketika menuruni bukit dari Cameron Highlands. Kerana cerun yang agak curam, mungkin mempengaruhi kawalan kereta. Jika tidak berhati-hati ianya pasti mengundang padah.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhz_d-l4bCju55DWw3am2SL-8dEwJ6talA_TP_y8LCLVGxr4JWiwxE-9ydevzKPsdLHfjO27yCDOEBNIepJR7dRxv7AGz0Rv4OMslrHs7_syEeLS06q9QORYuu14Nhnirgb-6fDMpRHlM6/s1600/jalan+merapoh.JPG
Lebuh Raya Lipis Merapoh

Lebuh Raya Lipis Merapoh


Lebuh Raya Merapoh seringkali dikaitkan dengan kemalangan bas express. Pada 23 November, 2003, 14 orang terbunuh apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan bas yang lain di Km63, Jalan Lipis - Merapoh berhampiran sempadan Pahang - Kelantan.

 http://img35.picoodle.com/img/img35/9/7/12/f_5357m_08352d1.jpg
Lebuh Raya Pan Borneo 

Lebuh Raya Pan Borneo 


Lebuh Raya Pan Borneo antara Bintulu dan Miri memang terkenal dengan kemalangan maut. Sudah banyak kemalangan maut yang berlaku melibatkan bas ekspres yang telah mengorbankan banyak nyawa. 

 
Kemalangan Lebuh Raya Pan Borneo 

Polis telah mengklasifikasikan 35 blackspots di sepanjang lebuh raya tersebut. Yang paling dahsyat adalah di Jalan Bintulu - Tanjung Kidurong, di mana 23 orang telah terkorban sejak 2011.

Berhati-hati semua!!!! Ingat lah mereka yang tersayang sewaktu memandu. Pastikan kereta berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan. Kesihatan diri juga perlu dijaga. kalau mengantuk singgahlah dimana-mana untuk merehatkan mata ya.

Comments

  1. Pesanan ikhlas dari MyCherita untuk semua : Berhati-hati dijalan raya.. :-)

    ReplyDelete
  2. Kiranya lebuh raya negara kita patut diubah suai untuk keselamatan ramai pihak.

    ReplyDelete
  3. ish ! takutnyee .. berhati-hati la di jalan raya .. jangan ambil mudah .. baik ambil susah .. kah kah .. :)

    ReplyDelete
  4. yg karak tu siap byk kisah hantu kan?tengok jln pon mnyeramkan

    ReplyDelete
  5. Pandu berhati-hati...terlalu laju pon tak boleh terlalu perlahan pon boleh mengundang bahaya

    ReplyDelete
  6. yg penting sama-sama kena bertolak ansur...jgn jadi samseng jalanan :)

    ReplyDelete
  7. Bertolak ansur amat penting...jgn peduli dgn pmandu yg tidak berhemah. Biar lambat asal selamat dan sentiasa berhati-hati di jalanraya terutama kalau pergi bercuti bersama keluarga.

    ReplyDelete
  8. ngerilah..jalan karak memang femes dgn citer hantu keta volkswagen kuning yg bgerak tanpa pemandu..tak sngka negara kita tmpat prtama eh..hmmmm, papun semua tu dari sikap pmandu jgk..jgn pentingkan diri smasa di jln raya :)

    ReplyDelete
  9. Banyak faktor kemalangan, selain kenderaan dan sikap pemandu...bentuk jalan juga menjadi faktor...Berdoa dan berhati2lah ketika memandu, jika terjadi juga, itu adalah takdir.

    ReplyDelete
  10. kena sentiasa alert..

    ReplyDelete
  11. Malang mmg tak berbau....moga dijauhkan hendaknya....

    ReplyDelete
  12. tak dinafikan memang antara lebuh raya dan kawasan yang bahaya...paling penting jangan memandu laju, berhati2, kalau mengantuk berhenti rehat, jangan teruskan juga perjalanan, ingat laa orang2 yang tersayang :)

    ReplyDelete
  13. semua kawasan tu nampak sunyi.. apa-apa pun sikap pemandu tu yang paling penting, ramai yang memandu ikut perasaan.. kesihatan diri juga perlu diambilkira, jangan memandu jika mengantuk atau kurang sihat.. keselamatan kenderaan penting kerana adakalanya kenderaan boleh buat hal ketika di pertengahan jalan.. berhati-hatilah di jalanraya.. anda mampu mengubahnya..

    ReplyDelete
  14. pasal karak tu selalu sgt dgr ada exdent..memang tempat tuh seram dah

    ReplyDelete
  15. Mmg bnyk kemalangan yg sy tengok berlaku di federal hiway tu.. mmg berbahaya walaupun kebanyakan jlnnya lurus.. klu mlm, kereta laju mcm tak ingat dunia.. t kasih diatas perkongsian peringatan ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat