Salam Semua,
Anak Derhaka Semakin Ramai
Balasan Untuk Anak Derhaka
Balasan untuk anak derhaka adalah sebuah kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar. Kisah anak derhaka bukanlah sesuatu yang baru tapi kadangkala hati kita perlu di beri peringatan supaya kita tidak tergelincir jauh.
Kisah anak derhaka ini berlaku kepada seorang saudagar yang kaya raya. Sebelum dia menjadi kaya, dia berasal dari keluarga yang susah. Hasil usahanya yang bersungguh-sungguh sambil dibantu oleh ibunya, beliau menjadi orang yang paling kaya dan disegani di khalangan penduduk di kawasannya.
Ibu Miskin Di Hina Si Anak
Pada suatu hari si ibu yang hidupnya serba kekurangan, telah datang ke rumah anaknya untuk untuk meminta sedikit bantuan makanan kerana dia telah kehabisan makanan. Ketika kedatangan si ibu, anaknya tiada di rumah. Yang ada cuma si isteri. Malangnya disebabkan si ibu seorang yang miskin dan berpakaian comot, kedatangan beliau tidak dihiraukan oleh si isteri.
Si Ibu sangat hampa dengan kelakuan menantunya. Namun disebabkan kelaparan, beliau terus berada di situ menunggu anaknya pulang. Apabila anaknya pulang, si ibu menyatakan hasrat kepada si anak. Namun si isteri pantas menghalang dan mengatakan yang dia sudah bosan dengan sikap si ibu yang selalu meminta makanan daripada mereka. Si ibu dengan perasaan yang amat sedih dan geram berlalu dari situ. Sepanjang jalan beliau menangis, mengenangkan anaknya yang di sangat disayangi sanggup melukakan hatinya.
Anak Derhaka Di Rompak Penyamun
Allah maha kuasa, keesokan harinya, ketika anaknya sedang berdagang beliau telah dirompak. Semuanya hartanya diambil. Malahan lebih teruk, kedua tangan dan kakinya dipotong dan matanya di cungkil. Keadaan beliau sangat mengerikan.
Berita tersebut telah sampai kepada ibunya. Walaupun sedih dengan perbuatan si anak, beliau tetap mengunjungi anaknya. Sewaktu beliau tiba, si anak terus meminta maaf dari ibunya kerana menyedari itulah balasan Allah ke atasnya kerana telah menjadi anak derhaka.
Ibu Memaafkan Si Anak Derhaka
Si ibu lalu berkata, anak ku, Ibu telah memaafkan kamu anakku kerana ibu sangat menyayangi kamu. janganlah kamu gusar anak ku. Pada malam tersebut, si anak terjaga dari tidur. Alangkah terkejutnya beliau kerana keadaan anggota badannya telah kembali kepada sedia kala. Beliau lantas memeluk ibunya sambil mengucap kesyukuran. Beliau sangat menyesal kerana telah menjadi anak derhaka.
Dengan penuh kesyukuran, si ibu berkata, "Wahai anakku, hendaklah kamu bersyukur kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang. Allah mengasihi semua hambanya yang berbakti kepada kedua orang tuanya. Ketahuilah bahawa keredhaan Allah terletak kepada keredhaan orang tuanya. Apabila orang tuanya redha kepada anaknya tentu Allah akan meredhainya. Sebaliknya Allah akan murka jika orang tuanya murka kepada anaknya."
Jaga Diri & Jagalah Kedua Ibubapa kita. Sayangi Dan Hormati Mereka. Wasalam.
Restu ibu bapa sgt penting utk mencari keberkatan hidup
ReplyDeletemaka berbahagialah mereka yg membahagiakan ibubapa mereka...
ReplyDeleteredha Allah terletak pada redha orang tua..
ReplyDeleteisi tabung INTI akak :)
hmm.. x selamat dunia akhirat bg anak derhaka...
ReplyDeletemeremang bulu roma baca..mcm kisah si Tanggang jgk nih.. betul, hidup x berkat kalau org tua x redha dgn kita.. :)
ReplyDeleteKenapelah mereka ni tergamak buat mak bapa yg lahir dan menjaga mereka dari kecik camtu skali...tak paham betul lah...
ReplyDeletedoa seorang ibu mujarab..jgn la sesekali kite ingkari apa yg dia cakapkan.seorang ibu msti nak kn yg terbaik utk anak2 nye.ya allah jauhkan la sifat spt ini dr diri ini.amin
ReplyDeleteJanganlah menderhaka...takutkanlah dosa dan azab Allah.
ReplyDeletemenyesal pun sudah tidak berguna bila nikmat dan kurniaan allah ditarik semula..mohon dijauhkan dalam diri kita semua...
ReplyDeleteMenderhaka kpd ibu bapa amatlah pedih azabnya.. astagfirullah..
ReplyDeletebetul sangat2...
ReplyDeletemulianya seorang ibu...jangan laa kita menderhaka...
ReplyDeletesemoga kita semua mengambil ikhtibar dari kisah ini.. kasih ibu hingga ke syurga..
ReplyDeleteIbu merupakan insan yang paling mulia. Jangan sakiti dan derhakainya.
ReplyDeleteشركة نقل عفش بينبع
ReplyDeleteشركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش ببريدة
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل عفش بالظهران
شركة نقل عفش برابغ
شركة نقل عفش بالباحه