Sedih...Jom Bantu Keluarga Ni!!!!

 
Keluarga Mohd Nakhaie Mohd Nafiah

Salam Semua,

Hari ni kita ada satu lagi kisah masyarakat yang nak dikongsikan dengan you all semua. Misi membantu sebuah keluarga dari Kemaman Trengganu. Terima kasih Tieka kerana bagi peluang untuk kita berkongsi kisah mereka!!!

Keluarga yang kita maksudkan adalah keluarga Encik Mohd Nakhaie Mohd Nafiah. Luaran mereka nampak bahagia. Tapi tahukah kita bahawa disebalik senyuman mereka, begitu besar dugaan yang mereka sedang hadapi. 

Encik Mohd Nakhaie adalah salah seorang mangsa banjir di Kemaman Terengganu yang diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga. Mereka bukan hanya diuji dengan banjir buruk, malah yang paling menyedihkan Encik Mohd Nakhaie turut kehilangan isterinya apabila beliau telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga buat selamanya pada hari Sabtu yang lalu akibat jangkitan kuman pada otak. 

Kini tinggallah Encik Mohd Nakhaie bersama 5 orang anaknya yang masih kecil. Yang sulung berusia 7 tahun dan yang paling kecil berusia 3 bulan. Buat sementara waktu Encik Mohd Nakhaie bersama 5 orang anaknya menumpang dirumah saudara mereka. 

Besarnya dugaan Allah pada mereka. Yang pasti mereka perlukan bantuan kita. Beliau perlukan pampers, barang kelengkapan bayi, baju-baju untuk anak-anaknya dan barangan lain yang sesuai untuk anak-anak beliau yang masih kecil.

http://sedekahpendidikan.org/wp-content/uploads/2013/04/nikamt-sedekah.jpg
Bantulah Mereka Dengan Ikhlas

Bagi mereka yang ingin membantu boleh berhubung secara lansung dengan beliau:

Nama: Mohd Nakhaie bin Mohd Nafiah 
Alamat: 1520 Pusat Pengajian Taman Islam 24000 Chukai Kemaman
No Phone: 017-9427456
CIMB Account: 1304 0004 8022 01
BSN : 1111141000040106
MAYBANK Account: 1630 2872 5934


Kalau you all nak details lagi boleh tengok di FB Amir ya.

Jom sama-sama kita bantu mereka. Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua. Aminnn!!!!

p/s: Kepada yang perihatin boleh share message ni di FB, Twitter or your Blog k. Thanks guys!!!!

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni

Comments

  1. kasihannya.. bersama kita membantu beliau..

    ReplyDelete
  2. harab dia bersabar dengan dugaan yang melanda...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Jangkitan otak berlaku semasa banjir tu ke? Besar betul dugaan yang diterima

    ReplyDelete
  4. Besarnya dugaan yang dihadapinya...

    Semuga beliau tabah mengadapi ujian Allah ini...

    Thanks Raudzah...

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, mudah2an akan diberikan kesenangan utk beliau menempuhi kehidupan bersama anak2.

    ReplyDelete
  6. sama2 kita bantu mengikut kemampuan..insyaAllah bertambah berkat rezeki yg dapat..

    ReplyDelete
  7. ya ALLAH..kesiannya...besar sungguh dugaan yg dia dapat..mungkin ada sebaliknya untuk semua..semoga mereka sabar

    ReplyDelete
  8. Kesiannya..semoga tabah menghadapi dugaan

    ReplyDelete
  9. bantulah mreka yg bkemampuan dri sgi kewangan,.. tq Rauzah sudi share kat blog :)

    ReplyDelete
  10. sedih :'( semoga mereka tabah menghadapi ujian, apa yang boleh dibantu, so bantu laa..sekurang2nya dapat sedikit ringankan beban..

    ReplyDelete
  11. In shaa Allah.. t kasih diatas perkongsian Raudzah.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat