Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia

http://cdnmy.com/artists/2962.jpg&size=200x267
 Azean Irdawaty

Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia


Dunia seni kehilangan sebutir bintang apabila Seniwati  Azean Irdawaty telah meninggal dunia pada kira-kira jam 8.30 malam tadi di hadapan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau yang berusia 63 tahun, menderita pelbagai penyakit termasuk kanser untuk selama beberapa tahun sebelum dijemput Allah. 

Azean Irdawaty, adalah antara pelakon yang sememangnya layak digelar seniwati atau primadona kerana setiap watak, yang diberikan kepada beliau dilakonkan dengan begitu berkesan. Serius, lucu, sedih, semuanya menjadi.

Beliau yang pernah suatu ketika amat dikenali sebagai pelakon airmata pernah diiktiraf sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada. Antara filem lakonan beliau yang menjadi kesukaan kita adalah Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pagi ini. Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amiiin!!!!


Comments

  1. takziah kepada keluarga allahyarhamah....rindu dengan lakonan beliau..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat rohnya..takziah buat kluarganya

    ReplyDelete
  3. takziah...semoga ditempatkan dgn org yg beriman..pasne giliran kita pula.semua yg hidup pasti akan mati kelak

    ReplyDelete
  4. inna lillahi wa inna ilaihi rojiun..

    ReplyDelete
  5. terkejut jugak baca kat insta smlm...salam takziah buat keluarga beliau...alfatihah

    ReplyDelete
  6. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman....

    ReplyDelete
  7. takziah kpd ahli keluarga arwah Azean..ramai blogger post pasal ni semalam...

    ReplyDelete
  8. al-fatihah.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bermal soleh..

    ReplyDelete
  9. al fatihah buat arwah,takziah buat keluarga..:"(

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat