Sistem Pendidikan Malaysia Gagal?

Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA)

Sistem Pendidikan Malaysia Gagal?


Sistem Pendidikan Malaysia Gagal. Hmm Betul ke? Mungkin itulah hakikat yang terpaksa kita terima setelah keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) diumumkan dimana negara kita berada di tangga keempat dibelakang Singapura, Vietnam dan juga Thailand. 

Apa Itu PISA


PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar berusia 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia. 

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

 http://giaoduc.net.vn/Uploaded/thuhoe/2012_04_01/images637429_1.jpg 
PISA

Sebab Gagal


Sebagai respon kepada kegagalan ini, Kementerian Pendidikan (KP) telah menggariskan 3 faktor berikut:

1. Pelajar Malaysia tidak serius menghadapi peperiksaan ini, kerana menganggap ianya tidak penting.
2. Format peperiksaan yang berlainan yang mana PISA lebih mengutamakan pemahaman terhadap sesuatu perkara serta implikasi kepada kehidupan realiti berbanding dengan sistem peperiksaan kita yang lebih ringkas serta mengutamakan penghafalan.
3. Kebanyakan guru gagal menerapkan konsep pemahaman tentang sukatan pelajaran. Mereka lebih berminat untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk membolehkan pelajar menghafal tanpa fahami konsep sebenar. 

Malaysia Utamakan Peperiksaan


Mengikut KP sedikit sebanyak kekurangan ini adalah berkait rapat dengan sistem pendidikan kita yang lebih mementingkan keputusan peperiksaan berbanding mendidik pelajar untuk berfikir.

Kita rasa ada kebenaran faktor di atas kerana itulah yang kita lakukan semasa di alam persekolahan. Kebanyakan kita menghabiskan masa untuk menghafal bagi menghadapi periksaan berbanding memberi ruang kepada minda kita untuk berfikir dan berkembang secara sihat. Mungkin tiba masanya kerajaan menilai semula sitem pendidikan kita kerana generasi yang malas berfikir tak mampu bersaing secara sihat dan kurang kreativiti. 

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Bahaya Untuk Rakyat Malaysia  
6. Hebat Dia Orang Ni!!!!! 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni

SR: Malaysian Insiders

Comments

  1. Assalammualikum..rauzah,

    wahh.. teruk ker sistem pendidikan negara kita nie..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tidak terlalu teruk MS tapi masih banyak kekurangan..

      Delete
  2. brunei xde ek..

    dulu fae suka main hafal before exam.. bila kat uni, we byk pakai applying skill drp meghafal..

    ReplyDelete
  3. hm.. ssh jgk kan. kena buat rombakan balik.
    dan kajian yg lebih mendalam bab ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Licha..perlu lebih kajian untuk melahirkan generasi yang lebih baik ..

      Delete
  4. Ada betulnya sistem pendidikan kita ni mempunyai kelemahannya. Tentang pembelajaran yang mengutamakan penghafalan tu, kesannya dapat dilihat dalam sektor pekerjaan. Banyak pegawai fresh grad yang baru-baru masuk kerja, sukar nak adapt kerana terlalu bergantung dengan buku teks, tanpa inisiatif memahami situasi semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu SY..Sistem kita perlu kepada tambah nilai..Too much text book is not good ..

      Delete
  5. betul jugak tu kan..daripada memantingkan ppeperiksaan baiknya kita dorong mereka untuk berfikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Cik Ta..belajar cara untuk berfikir secara lebih baik...

      Delete
  6. Soalan PISA meliputi matematik dan sains. Soalan berbentuk aras tinggi dan aplikasi. Ada kalanya berbentuk umum dan tak terikat dengan sukatan. Saya sebagai seorang guru matematik dah 14 tahun mengajar pun merasakan susah nak jawab, inikan lagi budak2. Soalan sains lagi mengelirukan psl berbentuk logik. Jadi....rumusan saya, keputusan ujian PISA tak lah menggambarkan sangat taraf matematik dan sains pelajar kita. Sistem kita masih lagi menggunakan buku teks...dan bagi saya lebih teratur. Biarlah kita maju dalam sains dan metematik mengikut acuan kita sendiri, tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bukan tak setuju, tapi rasanya kita perlu melihat kebolehan pelajar kita berbanding pelajar dari negara lain yang seusia..jika yang lain boleh kenapa pelajar kita tidak..Dari apa yang kita faham dan di sahkan oleh KP, soalan PISA lebih panjang dan memerlukan kita untuk membaca dan memahami. Problemnya disini kita tidak diajar untuk berada didalam situasi tu...kerana soalan peperiksaan kita lebih ringkas coz tujuan kita hanya untuk lulus. PISA mungkin daripada Lulus sahaja..ianya sebahagian daripada pendidikan..Tak salah kalau kita ikut cara pembelajaran negara lain jika ianya mampu melahirkan generasi yang lebih bijak berfikir kerana persaingan kita bukan hanya di Malaysia. Kita bersaing untuk mendapat tempat di dunia...

      Delete
  7. kerajaan perlu ambil berat tentang perkara nie

    ReplyDelete
  8. Mmg tidak dinafikan yg sistem pendidikan kita skrng ni sebenarnya kelam kabut.. baru2 ini pelajar sekolah x perlukan peperiksaan semua dinilai oleh cikgu secara perseorangan... (sistem band.. apa ntah..) Cikgu pula bnyk komitmen sekolah, kursus, mengajar & kokurikulum.. where got road man!!
    Bnyk sgt kepala pencadang di peringkat atasan... cikgu2 pening, ibu bapa pun makin pening.. wallahualam... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah sejak ada band ni..huru hara dibuatnya,Cikgu semakin sibuk,,,yang jadi mangsa ibu bapa kena paham masalah cikgu.Natijahnya x de report card,kertas lepas periksa akhir tahun tak dapat disemak oleh ibu bapa sbb cikgu berlumba nak key in dlm sistem yang lembab tu...alih2 tahu anak dapat no periksa jer!,Pengalaman saya sebelum ni ada kertas periksa yang tersilap check oleh cikgu...(yelah cikgu pun manusia juga) .So zmn sekarang ibu bapalah kena byk faham dan berkorban!

      Delete
  9. Hmm... Jgn nk kata cikgu yg gagal sudah... Huhu.. X terbeban dh tgjwb yg ada ni...

    ReplyDelete
  10. kalau dah sebegitu, memang perlu dikaji semula sistem pendidikan ni

    ReplyDelete
  11. mungkin perlu dirobak semula jika ianya dikatakan gagal.. semoga pihak yang berkenaan lebih peka dan teliti memperbaiki kelemahan yang ada..

    ReplyDelete
  12. ketika belajar dulu memang tak dinafikan kita banyak menghafal berbanding cuba memahami konsep sebenar sesuatu perkara.. menabung inti. :D

    ReplyDelete
  13. faktor no. 2 dan 3 sememangnya tak dinafikan dan itulah realiti yg kita patut terima..takpe2, semoga kerajaan akan mengambil langkah yg lebih efektif utk mengatasi permasalahan ini..kta sbg rakyat Malaysia harus mendukung sama! :D

    ReplyDelete
  14. Inilah akibatnya apabila peperiksaan dijadikan rujukan kecemerlangan tapi kualiti diabaikan. Hasilnya jadilah insan2 yang hanya tahu menghafal tapi tiada pemahaman dan perkembangan minda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat