2 Mata Ini Tidak Akan Di Sentuh Api Neraka

http://ahmadzaki.files.wordpress.com/2008/06/2mata.jpg 
Dua Mata Yang Di Lindungi Dari Api Neraka

2 Mata Ini Tidak Akan Di Sentuh Api Neraka


Renungan pagi yang kita ingin kongsikan dengan semua pembaca Blog Santai adalah mengenai dua mata yang di cintai Allah dan tidak disentuh api neraka.

Mata adalah anugerah Allah yang tidak terhingga yang perlu kita jaga. Dengan mata kita boleh ke syurga dan dengan mata juga kita boleh ke neraka. 
Dari Inu As r.a: 2 mata yang tidak disentuh api neraka adalah mata yang berjaga malam kerana Alllah dan juga mata yang menangis kerana takutkan Allah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbhrKP914BXnsMmyRRii11qHaOXbDdYNo-jqIWkXlyCs9FdaP_y1gqTKemeQYz1fOGhIEimwxlDPLHxLBleiiERp6YtDgTKu3VmePAq4Nuz1OC16zQvOKMQM4LB9gKNBbI5V1y8f93_28/s1600/Air+mata.jpg 
Masuk Syurga Kerana Mata

Masuk Syurga Kerana Mata


Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, barang siapa yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis karena amat takut kepada-Mu.”


Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut mata yang pernah menangis kerana takut kepada Nya.

Maksiat Mata


Jom sama-sama kita gunakan mata kita kerana Allah dan jauhi maksiat mata. Jangan biarkan mata kita menyaksikan perkara-perkara yang diharamkan Allah ke atas lelaki dan perempuan. Dan jangan sesekali memandang orang lain dengan pandangan yang rendah (sebelah mata/menghina) dan juga menggunakan mata untuk melihat dan mencari keaiban orang lain.

Comments

  1. allahuakbar, satu entri menyentuh hati.. terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanafaat... :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. semoga mata kita semua sentiasa dipelihara Allah swt kepada perkara2 kebaikan.. aamiin.. Salam selasa Raudzah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah dan Salam Selasa to you too, khir!!!

      Delete
  3. subhanallah..peringatan buat kita semua...semoga kita dalam golongan ne..happy selasa raudzah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Huny & Happy Selasa to you too!!!!

      Delete
  4. subhanallah, entry yang bagus..:) gud sharing

    ReplyDelete
  5. Assalam
    Perkongsian yang mendorong keinsafan. Terima kasih ya.
    Yaa Allah , ampunkan saya :(

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana mengingatkan ktia..... :)

    ReplyDelete
  7. dah lama fae x singgah blog akak. rinduuuuu.. btw nice sharing kak ;)

    ReplyDelete
  8. peringatan yang baik..

    ReplyDelete
  9. terima kasih mengingatkan..moga kita menjaga pandangan mata kita untuk perkara yang baik baik sahaja

    ReplyDelete
  10. sangat bermanfaat perkongsian ini.. mata yang menangis kerana Allah yang terbaik.. :D

    ReplyDelete
  11. jaga laa mata kita daripada melakukan zina mata :)

    ReplyDelete
  12. masyaallah kdg2 mata ni jahat juga ...
    nice sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat