7 Perkara Sombong Yang Di Laknat Allah
Sombong Sifat Tercela
Sombong, bongkak dan ego mempunyai maksud yang hampir sama. Ia adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela  
yang terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada  
sesiapa yang memilikinya, walaupun hanya sedikit,  dan menjadi  
penghalang daripada syurga.
7 Perkara Sombong Yang Di Laknat Allah
2. Sombong kerana kelebihan beribadat
3. Sombong kerana keturunan
4. Sombong kerana berasa diri cantik, kacak atau sempurna.
5. Sombong kerana kelebihan harta
6. Sombong kerana kegagahan/kekuatan yang dikurniakan Allah
7. Sombong kerana mempunyai pengikut yang ramai (followers mungkin)
Cara Menghindari Sifat Sombong
Sombong ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah  
memberi beberapa panduan atau petua untuk mengelakkan sikap sombong. Antaranya:
1. Apabila berjumpa 
dengan kanak-kanak, anggaplah mereka itu  lebih mulia kerana mereka mungkin tiada dosa atau hanya sekelumit berbanding kita.
2. Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ibadahnya lebih lama daripada kita.
3. Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah mereka lebih  mulia dari 
kita kerana ilmu yang dimiliki.
4. Apabila bertemu orang jahil, 
anggaplah dia lebih mulia dari  kita kerana dia berbuat sesuatu 
kesalahan atau dosa kerana  kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam 
keadaan kita mengetahuinya.
5. Apabila bertemu dengan orang jahat anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin satu nanti meraka akan bertaubat. Sedangkan kita sendiri 
belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
6. Apabila 
bertemu orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa  si kafir itu
 belum tentu kafir selamanya. Mungkin di suatu hari datang  keinsafan 
padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam  kekafiran dulu 
diampuni Tuhan. Sedangkan kita ini yang sejak lahir sudah  Islam masih melakukan dosa. Balasan pahalanya belum tentu.
Jom sama-sama kita muhasabah diri. Didik hati supaya sentiasa berfikiran positif. Semoga kita semua terpelihara daripada api neraka. Aminnn!!!
Jom sama-sama kita muhasabah diri. Didik hati supaya sentiasa berfikiran positif. Semoga kita semua terpelihara daripada api neraka. Aminnn!!!
 
 
salam. terharunya saya bila baca tazkirah ini.
ReplyDeleteThanks AK..
DeleteNauzubillah ... Mga dijauh dr sifat2 mazmumah...
ReplyDeleteAminn!!!
Deletemoga kita di jauhkan..
ReplyDeleteMoga dijauhkan...
ReplyDeleteAminn...
DeleteSemuga kita semua dilindungi dari sifat sombong dan takabbur ini ya Raudzah...
ReplyDeleteItulah yang kita harapkan acik idah!!
DeleteYa Allah.. semoga sentiasa dijauhkan kita semua dari sifat riak & sombong.. aamiin.
ReplyDeleteSalam Jumaat Raudzah.. :)
Aminn & salam Jumaat Khir!!!
Delete