Rahsia Waktu Solat
Rahsia Waktu Solat
Rahsia Waktu Solat
Selain daripada pergerakan solat seperti sujud dan rukuk yang mempunyai pelbagai rahsia, setiap waktu solat yang telah ditetapkan Allah juga mempunyai rahsia tersendiri. Ianya selalu dikaitkan dengan pelbagai spektrum warna.
Rahsia Waktu Subuh
Waktu Subuh diwakili oleh spektrum warna biru muda yang berkaitan dengan rezeki. Oleh yang demikian mereka yang sengaja meninggalkan atau sengaja melewat-lewatkan waktu subuh selalunya akan berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki.
Rahsia Waktu Zohor
Waktu Zohor diwakili oleh spektrum warna kuning dipercayai berkait rapat dengan frekuensi perut dan hati atau dengan lain perkataan sistem pencernaan. Mereka yang sengaja meningalkan atau melewat-lewatkan solat Zohor berulang-ulang kali dalam hidupnya selalunya akan menghadapi masalah pada sistem pencernaan dan hilang sifat keceriaannya.
Rahsia Waktu Asar
Waktu Asar diwakili oleh spektrum warna Jingga. Rahsia warna jingga adalah kreativiti. Mereka yang sengaja meningalkan atau melewat-lewatkan solat Asar berulang-ulang kali dalam hidupnya akan hilang daya kreativitinya.
Rahsia Waktu Maghrib
Waktu Maghrib diwakili oleh spektrum warna Merah. Rahsia warna merah adalah keyakinan. Mereka yang sengaja meningalkan atau melewat-lewatkan solat Maghrib secara berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah keyakinan yang tinggi.
Rahsia Waktu Isyak
Waktu Isyak diwakili oleh spektrum warna Indigo. Rahsia warna Indigo adalah ketenteraman dan kedamaian. Mereka yang sengaja meningalkan solat Isyak secara berulang-ulang kali dalam hidupnya akan sentiasa berada didalam kegelisahan dan keresahan.
So kawan-kawan semua, jom sama-sama kita jaga solat kita. Pastikan kita solat tepat pada waktunya. Jika kita jaga solat kita pasti Allah akan menjaga dan memelihara kita daripada kesulitan dunia dan akhirat.
nice entri kak, jom jaga solat kita, .. :)
ReplyDeleteperkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat, sama2lah kita menjaga solat kita...
ReplyDeletesemuga kita dpt menjaga solat kita kerana Allah...
ReplyDeletealhamdulilah..terima kasih diatas perkongsian ini.. :-)
ReplyDeleteSubhanallah.. t kasih diatas perkongsian yg baik ni... Allahuakbar..
ReplyDeleteJangan pernah tinggal solat :)
ReplyDeleteSemoga kita semua dapat menjaga solat kita dengan baik...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
T.kasih atas perkongsian...
ReplyDeletesolat awal waktu juga untuk menjemput rezeki... nice sharing raudzah..! :)
ReplyDeletenice entry kak :D baru fae tau.
ReplyDeleteinsyaallah terima kasih
ReplyDeleteNice sharing...
ReplyDeletenice sharing Raudzah.. sorry ekk, lama tak jenguk ke sini..^__^
ReplyDeletenice..tqvm sis..
ReplyDelete