
Rakyat Malaysia Yang Gembira!!!
Rakyat Malaysia Paling Gembira Di Rantau Asia
Rakyat Malaysia adalah mereka yang paling gembira di rantau Asia. Wah ini cukup bagus ni. Bermakna kurang tekanan untuk semua...Alhamdulillah!!!
Kaji selidik ini telah dijalankan oleh IPSOS Asia Pasific. Antara negara yang mengambil bahagian adalah Hong Kong, China, Singapura dan Korea Selatan. Tapi tak dinyatakan tarikh kajian ni dibuat. Samada selepas atau sebelum kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Namun faktor ni mungkin tak di ambilkira kot sebab penyumbang tahap kegembiraan ini adalah hubungan kekeluargaan. Dengan ibu bapa, pasangan dan rakan-rakan.
Lelaki & Wanita Sama Gembira
Kaji selidik itu juga mendapati peratusan kegembiraan di antara lelaki dan
wanita adalah pada pada tahap yang sama iaitu 32%. So kira-kira sama-sama happylah!!!!
p/s: Walaupun kita tak pasti sejauhmana relevannya kajian ni tapi sekurang-kurangnya ada bukti bahawa rakyat Malaysia belum mengalami tekanan yang serius ..kalau tak bahaya!!!! Disamping tu yang lebih penting hubungan kekeluargaan di Malaysia masih berada ditahap yang baik walaupun ada macam-macam tekanan. Alhamdulillah!!!
syukur...walaupun kita terbeban dengan kenaikan harga, sekurang kurangnya kita tak terbeban dengan stress yang melampau..hehe :)
ReplyDeleteKannnn..Puteri..at least ya!!!
Deletenak belanja lebih..tapi hanya burung biru yang berterbangan. Jadi dapat belanja tu je :)
ReplyDeleteTq puteri...
DeleteSalam
ReplyDeleteSecara Jujurnya kami warga Thai dengki dengan Malaysia kerana...
1.Kestabilan Politik .
Setiap 2 tahun Demo.Hidup dengan demo dan protest.Sampai pelancong pun takut nak melawat.Ini menjejaskan pendapatan kami.
Bom mudah meletop ,dikebanykan tempat di Wilayah Pattani,Songla,Narthiwat dan Yala.
2.Islam diutamakan
Makanan Halal dipelihara dan mudah.Bina masjid diberi bantuan.Berbanding dgn kami, Penduduk Wilayah Satun 70% Islam.Bina masjid duit sendiri tapi bina WaT Siam diberi Bantuan penuh.
Pelajaran Budhah diajar disekolah walaupun sekolah 90% murid Islam tetapi agama Islam hanya dibenarkan dirumah.
Di Tesco ,Makro, dan shopping complex besar,Babi dijual terdedah yg mana 70% adalah CUSTOMER ISLAM.dan banyak lagi kekurangan.
3.Subsidi banyak membantu rakyat.
1. Thai pengeluar beras, tapi harga beras sama macam di Malaysia,sebab Malaysia dapat subsidi.
2.Minyak RM4/liter ron 95
3.Gula,tepung ,bawang dan banyak lagi barangan dapur harga 2 kali dari di Malaysia.
4.Ramai dikalangan kami berniaga Tom Yam di Malaysia sebab tarf ekonomi Malaysia sangat baik.
Cuma rakyat Malaysia yang TIDAK tahu perkataan ALHAMDULILLAH yang suka Demo dan protest di jalanan.Mereka tidak mahu terima qada dan qadar Allah memilih JALANAN utk tunjuk perasaan.
Sepatutnya Malaysia negara maju memilih proses Pilihanraya dan Undang Undang membasmi ketirisan Pentadbiran Kerajaan.
Pewagai Kerajaan WAJIB menjalankan AMANAH ALLAH dan RAKYAT agar jangan pecah amanah dan makan rasuah.
Isu Kalimah ALLAH pun gagal ditanangi dengan BAIK oleh umat ISLAM,nescaya suatu hari nanti bala akan menimpa Malaysia.
Jangan POLITIKKAN KALIMAH ALLAH. Sesiapa yang nak guna KALIMAH ALLAH WAJIB mengaku KEESAAN ALLAH. bukan sekadar sandiwara POLITIK bagi menyokong pihak yang ingin melihat pepecahan Umat Islam di Malaysia.
Wallahu Aklam.
Thanks Karlisa ..Panjang lebar komennya..Sebenarnya memang banyak perkara kita bersyukur dan adalah lebih baik dari jiran-jiran disebelah. Bila kita protes tak semesti kita tak bersyukur kerana kita tau Malaysian deserved better kerana Malaysia ada resource yang lebih baik. Kalau semuanya ditangani dengan baik pasti taraf kehidupan rakyat malaysia adalah lebih baik..mengenai kalimah Allah, kita percaya ianya tidak ditangani dengan baik kerana dipolitikkan secara berlebihan...kalimah Allah bukan hanya pada nama, tapi ia lebih besar daripada itu. Jika kita sayangkan kalimah Allah pasti kita tidak akan ingkar suruhanNya...yang terjadi sebaliknya..Semoga kita semua sentiasa didalam perlindungannya walau dimana kita berada..Aminn!!!
Deletedatang singgah sini.:)
ReplyDeletesila-sila ika!!!
DeleteOh, ya ke. Jadi tak ada banyak tekananlah kan penduduk Malaysia ni. Memang unik.
ReplyDeleteeh...baru tau ni sis..
ReplyDeleteEeemmmm....harap2 rakyat negara kita tidak banyak yg mengalami stress melampau
ReplyDeleteLepas statemen ni ada can harga barang naik sket lagi.. :D
ReplyDeleteMasih boleh tersenyum. Kalau stress tinggi, macam2 lagi jenayah boleh berlaku.
ReplyDeletemengejutkan hasil kajian ini.. gembira itu subjektif.. churp2, churp2, churp2.. tabung lain tak muncul..
ReplyDelete