3 Sebab Kenapa Tidak Boleh Makan Sambil Berdiri
Makan & Minum Sambil Berdiri
Tidak Boleh Makan Sambil Berdiri
Dari kecil kita dilarang makan atau minum dalam keadaan berdiri. Kita disuruh terlebih dahulu duduk sebelum makan atau minum. Kebiasaannya kita ikut aje kan nasihat ni coz kita anggap itu adalah sebahgian daripada adab makan. Sebenarnya larangan makan atau minum sambil berdiri mempunyai sebab tertentu dan ianya bukan hanyalah adab semata-mata terutama dari segi kesihatan.
Rasulullah S.A.W juga melarang kita dari makan dan minum dalam keaddan berdiri. Persoalannya mengapa Rasulullah S.A.W melarang kita semua berbuat demikian. Yang pasti setiap larangan Rasulullah S.A.W. mesti ada hikmahnya. Begitu juga dengan makan dan minum secara berdiri. Antara sebabnya adalah seperti berikut:
1. Sistem Pencernaan Tidak Berfungsi Jika Makan Berdiri
Semasa berdiri otot manusia dalam keadaan tegang. Organ keseimbangan badan dalam pusat saraf terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan semua otot pada tubuh. Jadi jika kita makan dalam kedudukan berdiri maka kita tidak dapat mencapai proses ketenangan tersebut. Ketenangan dalam makan dan minum hanya akan dapat dicapai semasa duduk, dimana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang sehingga sistem pencernaan berada didalam keadaan bersedia untuk menerima makanan dan minuman dengan cara yang betul dan baik.
Serangan Jantung
2. Makan Berdiri Boleh Menyebabkan Jantung Terhenti
Makan atau minum sambil berdiri boleh memberi kesan kepada tindak balas saraf yang banyak mengelilingi usus. Tindakbalas ini jika berlaku secara kuat dan tiba-tiba, ianya boleh menyebabkan saraf (vagal inhibition) rosak, yang boleh boleh menyebabkan terhentinya degupan jantung yang boleh membawa maut atau pengsan.
3. Minum Berdiri Menyebabkan Buah Pinggang Rosak
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer merupakan suatu struktur berotot yang boleh terbuka dan tertutup (sehingga air kencing boleh lalu). Air yang kita minum akan disalurkan kepada beberapa bahagian penyaring yang berada pada buah pinggang. Apabila kita minum sambil berdiri, air tidak dapat disaring tapi terus menuju pada pundi kencing. Jika dibiarkan secara berterusan, ianya boleh menyebabkan penyakit buah pinggang.
oo..sebab tu ye...nice sharing raudzah..
ReplyDeleteThanks aida..
Deleteterima kasih kerana sharing this info..sy sendiri kekadang masih lagi minum berdiri...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
You are most welcome Strider..kita pun ada jugak terminum berdiri..he.he
DeleteNice sharing Raudzah...thanks
ReplyDeleteYou are most welcome Fidah..
Deletejadi kalau pergi dinner or casual party or di mana2 janganlah diamalkan makan berdiri tu kannn.... ^_^... thanks for sharing dear...
ReplyDeleteBetul tu Farah..kadang-kadang tempat duduk tak cukup kan..so terpaksa berdiri..sekali-sekali should be ok kan..
Deletenice sharing, tpi kdg2 buat juga tanopa sedar heheh
ReplyDeleteThanks KA..memang pun ada je yang terlupa..especilly minumkan..
Deletesetiap apa yang ditetapkan oleh agama islam pasti ada hikmahnya..
ReplyDeleteHmmm...mmg dr kecil mak ayah akan tegur jika mkn smbil brdiri ni..
ReplyDeletekadang-kadang masih minum sambil berdiri..thanks berkongsi yer raudzah
ReplyDeleteSunnah amalan terbaik utk kita.. t kasih diatas perkongsian peringatan ini Raudzah.. :)
ReplyDeleteBerbeza dengan meminum air zam-zam kerana ianya perlu diminum sambil berdiri... :D ada juga kebaikannya tu... Raudzah kaji.. kaji.. kaji... hik3x...
ReplyDeleteAda satu dik yg sunat berdiri iaitu ketika minum air zam-zam. Sunat berdiri mengadap kiblat dan membaca doa sebelum minum. Itu dia satu-satunya yg special..
ReplyDeletenice sharing nih....
ReplyDeleteDr segi akhlak pula.nmpk.xde adab sopan..
ReplyDeleteikut sunnah nabi yg terbaik
ReplyDeleteterima kasih sebab berkongsi...bagus info nya..
ReplyDeletetake noted!!thanks akak atas perkongsian ni...:)
ReplyDeleteBetul tu...pastinya sunnah itu ada kebaikannya, melainkan minum air zam-zam...pastinya ada hikmah bila disunnahkan minum berdiri
ReplyDeletemakan tu mmg la dah duduk...bab minum tu...kdg2 tak sempat nak duduk....dah teguk air... :)
ReplyDeletesaya rasa makan tu mmg betul tapi minum tu dah banyak kali saya berdiri
ReplyDelete