- Qiamulai Di Sepertiga Malam
Qiamulai Di Sepertiga Malam
Bila kita sebut qiamulai, pastinya ramai yang tau ia bermaksud solat malam. Perkataan qiamullail itu bermaksud menghidupkan malam, iaitu dengan membaca al-Quran dan solat. Sebagai seorang Islam kita amat digalakkan untuk bangun di sepertiga malam untuk berqiamulai. (Dari 2.00 pagi hingga ke Subuh)
Firman ALLAH: “Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. “ (Surah Al-Israa, 17: 79)
3 Rahsia Berqiamulai
1. Allah Turun Melihat Mereka Yang Berqiamulai
Ada beberapa sebab mengapa Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk bangun bertahajud pada satu per tiga malam. Antara paling penting ialah kata Baginda SAW, ALLAH turun di sepertiga malam mendengar pengaduan dan doa hamba-Nya.Turunnya ALLAH ke langit dunia adalah suatu saat yang sangat baik dan mulia.
2. Qiamulai Adalah Amalan Rasulullah S.A.W
Aisyah RA menjadi saksi Nabi solat malam, sehingga Aisyah RA berkata,” Nabi SAW melaksanakan solat malam sehingga pecah kedua tapak kakinya.” (Riwayat Al-Bukhari no. 4460 dan Muslim no. 2820)
Aisyah bertanya kepada Nabi: “Kenapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah padahal ALLAH telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?” Baginda SAW bersabda: “Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur?” (Riwayat Muslim no. 2820)
Jika Nabi Muhammad SAW bangun untuk solat malam sehingga pecah tapak kaki., bagaimana pula dengan kita?
3. Qiamulai Dan Doa Sepertiga Malam
Di antara doa yang mustajab (mudah diijabahi atau dikabulkan) adalah doa di sepertiga malam terakhir. Namun kita sering melalaikan hal ini kerana pada waktu begini biasanya diisi dengan tidur lelap.
Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan do’a pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya. (HR Muslim no 757)
Ketika kita bangun dan solat malam, kita dianjurkan untuk memilih waktu yang sesuai untuk berdoa. Antara waktu yang paling sesuai untuk berdoa dalam solat adalah sewaktu sujud dan sebelum memberi salam.
Kata Nabi SAW dalam hadis: "Keadaan paling dekat seorang hamba daripada Tuhannya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka banyakkan doa." (Riwayat Muslim).
Kita juga dianjurkan untuk menangis dan bersungguh-sungguh dalam berdoa dan mengulangi doa sama sebanyak tiga kali.
Jom sama-sama kita jadikan solat malam amalan kita. Semoga Allah memberkati kehidupan kita. Aminn..
Jom sama-sama kita jadikan solat malam amalan kita. Semoga Allah memberkati kehidupan kita. Aminn..
Assalam
ReplyDeletePerkongsian terbaik. Terima kasih ya Puan RDZ Z. Qiyamulail menjana kekuatan lahir dan rohani.
:))) terima kasih :D
ReplyDeletecara kita dekat terlalu hampir denganNYA
ReplyDeleteMalam ini indah sebab kita mudha kusyuk dalam solat
ReplyDeletethanks share... selalunya kita rajin qiyam bila Ramadhan je... sepatutnya sepanjang tahun....
ReplyDeletetq share, cara terbaik mendekatkan kita pada ALlah swt kan !
ReplyDeleteIn shaa Allah... mudah2an dpt dijadikan amalan yg berkekalan... aamiin...
ReplyDeletePerkongsian yg bermanfaat..
ReplyDeleteTK atas peringatan Sis.. :)
ReplyDeleteIngatan utk diri sendiri...Bilalah nak berubah nih! Asyik tidur lewat jer...bukan qiamulaillail dah namanye tu...huhu
ReplyDeletebanyak manfaat berqiamullail.. dah lama aiza tak buat, selalu leka dengan blog je sampai tengah malam.. terima kasih kerana mengingatkan aiza.. inti dan inti.. :D
ReplyDeleteSbb org mmg ssh nk buat sbb twarannya hebat...
ReplyDelete