7 Amalan Makanan Ikut Sunnah
7 Amalan Makanan Ikut Sunnah
1. Memulakan makan dan minum dengan lafaz Bismillah.
Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah menyebut nama Allah, jika seseorang itu lupa untuk menyebut nama Allah apabila telah mula makan, hendaklah dibaca, dengan nama Allah pada permulaan dan juga akhirnya. (riwayat Muslim)
2. Mengakhiri makan dan minum dengan ucapan Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran dengan rezeki yang diberikan Allah SWT.
3. Menggunakan tangan kanan. Mulakan dengan mengambil makanan yang hampir dengan kita.
4. Tidak gelojoh sewaktu menyuap makanan. Kecilkan suapan serta kunyahlah dengan baik supaya tidak menyakitkan halkum.
Rasulullah SAW bersabda: Wahai Umar, Ibnu Salamah, ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dengan apa yang ada di sekeliling kamu (yang hampir). (riwayat Bukhari dan Muslim).
5. Membersihkan sisa makanan yang melekat di jari terlebih dahulu sebelum tangan dibersihkan. Islam
menghendaki sisa-sisa makanan dihabiskan dengan menjilat
jari kerana perbuatan membasuh tangan yang masih melekat dengan makanan
adalah suatu penghinaan kepada rezeki Allah itu sendiri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila seseorang kamu makan, maka janganlah kamu menyapu jari-jari tangan kamu sehingga kamu mengulum terlebih dahulu (supaya sisa-sisa makanan benar-benar bersih terlebih dahulu).
6. Memungut semula makanan yang terjatuh. Bersihkan dan bolehlah dimakan dan janganlah dibuang dengan
sewenang-wenangnya. Tindakan membuang terus makanan adalah bermakna
menyediakan makanan untuk syaitan.
Rasulullah SAW bersabda: Apabila terjatuh sesuap makanan seeorang kamu, maka hendaklah dikutipnya, dibersihkan kekotorannya dan makanlah dan jangan dibiarkannya untuk syaitan. (riwayat Muslim)
7. Janganlah meniup makanan yang panas. Tunggu sehingga makanan atau minuman itu sejuk. Begitu juga ketika minum, janganlah bernafas sambil meminum air.
1. Rahsia Blogger Malaysia
Source
Daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Nabi Muhammad menegah dari bernafas di dalam bejana (bekas air) atau meniup ke dalamnya."
Jom sama-sama kita beramal dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Semoga makanan yang kita makan diberkati dan direhdai Allah. Aminn.
Source
Satu peringatan dan panduan yang perlu kita amalkan. Semoga setiap makanan yg masuk kedalam mulut kita itu berkhasiat dan berkat.
ReplyDeletekeren mbk baru tau saya malahan artikelnya sangat bermanfaat :)
ReplyDeleteno 6 n 7 tu selalu tak buat... perbaiki lagi...
ReplyDeletetq share :) rasa nya banyak yg kat atas tu selalu di amal kan
ReplyDeleteamalan mkn mengikut sunnah menghindar dari pelbagai penyakit kan !
ReplyDeleteAmalan pemakanan mengikut sunnah bukan shj membawa pahala kebaikan, malahan menyihatkan serta mencegah dari penyakit kpd diri kita juga...
ReplyDeletemoga rezeki yang kita makan mendapat keberkatan..
ReplyDeleteEasy get money, just register will get 25dolar, try it now :)
ReplyDeleteMari buat duit mudah saja, mula2 register dah dapat 25dolar, cuba la
Click atau copy link di bawah ini
http://stayreward.com/index.php?share=114766
My Blog
http://gsiym.blogspot.com/2014/02/cara-buat-duit-paling-mudah-dari-rumah.html
bersama-samalah kita mengamalkan amalan-amalan sunnah ini..
ReplyDeletesatu panduan yang perlu kita amalkan...semoga rezeki kita mendapat keberkatan
ReplyDelete