Orang Melayu Beratur Di Tokong Untuk Kutip Angpau. Inilah yang berlaku di sebuah tokong di Alor Star, apabila lebih dari 100 orang pelbagai bangsa beratur untuk mendapatkan angpau sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ni.

Kebanyakan mereka adalah pengemis, gelandangan dan juga mereka yang kurang berkemampuan. Pelbagai bangsa dan usia ada. Dari yang paling dewasa hinggalah ke bayi. Tapi yang pasti majoritinya adalah berbangsa Melayu. Mereka dikatakan berkumpul sejak malam di hadapan Tokong tersebut. Menurut mereka tujuan mereka datang ke situ ialah untuk mendapatkan angpau, beras dan juga barang keperluan lain yang dapat meringankan beban hidup mereka.

p/s: Hmmm...Dimana silapnya bila jadi macam ni ya? Mungkin ramai yang kata salah mereka. Kita terpaksa akur dengan kenyataan ini kerana yang menentukan nasib kita adalah kita sendiri. Tapi mungkin pihak yang bertanggungjawab perlu lebih serius memantau keadaan ni. Hati manusia selalunya rapuh. Apabila ada pihak yang ringan memberikan bantuan tidak kira dalam apa bentuk sekalipun, tak mustahil suatu hari nanti hati mereka boleh berubah...Nauzubillahi minzalik!!!