Kes denggi semakin serius. Pada 11 bulan pertama tahun lepas, sebanyak 36,012 kes telah direkodkan berbanding 19,920 kes pada tahun 2012. Terdapat peningkatan sebanyak 81% kes di seluruh negara. Dan bilangan kes semakin bertambah dari hari ke hari.
Sebagai langkah untuk mengawal wabak ini, sebanyak 21 buah klinik telah diarahkan melanjutkan operasi waktu operasi dari jam 8 pagi sehingga 11 malam. Daripada jumlah itu, 15 klinik di Selangor dan enam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebagai langkah untuk mengawal wabak ini, sebanyak 21 buah klinik telah diarahkan melanjutkan operasi waktu operasi dari jam 8 pagi sehingga 11 malam. Daripada jumlah itu, 15 klinik di Selangor dan enam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dua Jenis Penyakit Denggi:
1. Demam Denggi klasikal
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan
sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang
menyebabkan kematian.
2. Demam Denggi Berdarah
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan
umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi
adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang
lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan
bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis
berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering
menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera.

Tanda-Tanda Demam Denggi
Tanda-Tanda Demam Denggi
1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut.
Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh
demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang
muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala,
sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang
timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah
kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan
jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam
yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem
peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik
merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis
berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang
berlebihan.
So sesiapa yang ada mengalami simptom-simtom di atas, perlu dapatkan rawatan segera ya. Jangan tunggu sampai tahap serius k.
bahaya kalau denggi berdarah...apa2 pun semua pihak kena memainkan peranan bagi mengelakkan ianya berlarutan...selalu check keadaan keliling rumah..mana tau ada takungan air...
ReplyDeleteBetul tu Noe.,,kena jaga kebersihankan..dah macam darurat sekarang ni..
Deletebahaya betul ni...semua pihak kena main peranan..
ReplyDeleteTulah sis..semua orang kena bertindak..pastikan tiada temapt air bertakung...nyamuk memang banyak..
Deletetakutnya, musim sekarang ni, kena sentiasa berjaga-jaga
ReplyDeleteYup mama..scarykan..
Deletenie yang buat saya risau skit nie..lately rumah saya banyak pulak nyamuk...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Betul tu Strider..kita pun perasan..nyamuk banayk sekarang ni..especially time maghrib..
Deletesalam. memang banyak da kes ni sekarang ni..:)
ReplyDeleteWasalam cik ta...
Deletekalau ada orang buat fogging tue...
ReplyDeletemaksudnya adalah kes denggi kat situ...
ooo..macam tu ya..dulu ada sekali..dah agak lama...
Deletememang tinggi kak.. acik salah seorang mangsanya
ReplyDeleteYalah acik..ingat entry acik pasal denggi ni dulu..sekarang dah ok ke?
DeleteRaudhah , kawan kerja akak kena warded xkuar lg. Dah la dia peknen. Kesian dia n baby..
ReplyDeletela..Kesiannya..harap cepat sembuh..bahayakan...
Deletedah lama tak hujan , tak de air bertakung tapi tetiba lak ada nyamuk ... semoga dijauhi drp penyakit ... aaamin .
ReplyDeleteTulah pelik jugakkan..kat rumah kita sama..panas..airbertakung memang tak ada..tapi ada banyak pulak nyamuk..hmm datang mana ya...
DeleteMmg mkn btmbah, kena hati2...
ReplyDeleteYup..semua orang kena hati-hati sekarang ni Muz..
DeleteBila hujan kurang, senang nyamuk membiak. Jagalah kebersihan
ReplyDeleteHabis tu nyamuk tu lepak kat mana BM?
DeleteDenggi ni mmg merisaukan.. mudah2an dijauhi kita semua dari penyakit denggi ni.. aamiin..
ReplyDeleteBkan salah nyamuk, tapi salah manusia... Hmmm..
ReplyDeletememang scary kan..kena sentiasa berjaga jaga
ReplyDeleteKena ambik langkah berjaga jaga ni
ReplyDeleterisau juga di kawasan perumahan rumah aiza ni banyak nyamuk.. pihak KKM pun dah lama tak lakukan semburan ubat nyamuk tu..
ReplyDelete