Kisah Marwan Di Tengah Padang Pasir



Marwan Keseorangan Di Tengah Padang Pasir

Kisah Marwan Di Tengah Padang Pasir


Rasanya ramai yang dah baca mengenai kisah Marwan kan, "Budak kecil berusia empat tahun yang dijumpai merayau keseorangan ditengah-tengah padang pasir". Asalnya kanak-kanak tersebut dikatakan berjalan keseorangan mengepit sebuah beg plastik ditengah-tengah padang pasir untuk mencari ahli keluarganya yang telah lama terpisah sebelum beliau diselamatkan oleh pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 Marwan Bersama Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Namun laporan terbaru mengesahkan cerita asal yang tersebar meluas di laman sosial tu tak benar. Marwan hanya tertinggal beberapa meter dari keluarganya dan tidak terpisah “lama” seperti yang dilaporkan beberapa agensi berita. Kanak-kanak itu hanya terpisah dalam masa beberapa minit kerana ibu Marwan tidak dapat membimbitnya ekoran bebanan barangan dan mendukung adiknya yang dibawa bersama.

Walau apa pun cerita sebenar, Marwan telah selamat ditemukan semula dengan anggota keluarganya sejurus dibawa merentasi sempadan Jordan. Mereka kini ditempatkan di kem pelarian Zaatari. Alhamdulillah!!!!

Comments

  1. Apa2 berita skrng ni mmg kena diselidiki dululah.. takut2 tersebarkan info yg salah pulak...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah marwan selamat.. berita kdang2 xboleh dipercayai juga.

    ReplyDelete
  3. Bnyk sgt cerita palsu kebelakangan ni, seolah sengaja dieksploitasi utk lariskan news yg sengaja di'hot'kan

    ReplyDelete
  4. Tak thu cirita yg sbnr... Mcm2 versi.ada..

    ReplyDelete
  5. Sama le... nasib okje pun tak sesat Raudzah...hehe....Serious you..okje tak pernah baca....hehe....dasar rajin sgt membaca tu haha....

    ReplyDelete
  6. Itulah mula terbaca kakak dgn abang kata macam mana budak tu tetiba boleh ada kat padang pasir kalau tak ada yg bawa - macam tak logik. Mana mungkin merayau sampai jauh tanpa makan/minum. Tapi kemudian kita anggap ada yg dengki.

    Last baru tahu kisah sebenar.

    ReplyDelete
  7. ada baca,, tp mcm2 versilah pulak.. apapun kalu dah selamat alhmadulillah lah

    ReplyDelete
  8. macam-macam versi.. apa-apa pun, alhamdulillah dia selamat..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah marwan selamat..

    ReplyDelete
  10. berita berita sekarang ni tak boleh nak percaya bulat bulat kan..anyway yang penting marwan selamat :)

    ReplyDelete
  11. agak ketinggalan sikit..naniey tak tahu pon cerita pasal malwan neh..hehehe

    ReplyDelete
  12. Berita mengundang sensasi tapi kebenaran juga akhirnya terserlah...dan mengundang sensasi juga. Itulah berita sekarang ini lebih kepada sensasi... Yg penting menguntungkan mereka... kita yg terpedaya, huhu

    ReplyDelete
  13. macam2 versi ada...apa2 pun janji budak tu selamat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat