Misteri Pokok Petai Menangis
Misteri Pokok Petai Menangis
Kisah misteri, pelik tapi benar, mengenai kejadian pokok petai menangis di Kampung Binjai, Bunut Susu, Pasir Mas telah tersebar luas. Ianya menggemparkan penduduk dikawasan sekitar apabila sebatang pokok petai di daerah berkenaan didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak serta mengeluarkan air seolah-olah air mata.
Menurut seorang penduduk Kampung yang dikenali sebagai Abdul Razak Manaf, kejadian itu disedari sejak pukul 3.00 pagi Jumaat lalu dan berlarutan sehingga semalam. Misteri kejadian itu telah menarik puluhan orang ramai untuk hadir bagi menyaksikan sendiri fenomena pelik tapi benar tersebut secara lebih dekat.
Biarpun kejadian pelik ini mengundang seribu misteri, namun tiada yang mustahil jika Allah mengizinkannya. Ianya pernah berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. apabila sebatang pokok kurma menangis kerana rindukan Bacaan Zikir yang selalu diucapkan Rasulullah di sisinya.
Pokok Petai Menangis Kerana Tiupan Angin?
Tangisan pelik pokok petai tersebut telah dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya faktor tiupan angin, yang biasanya menyebabkan pokok-pokok tinggi seperti pokok petai mengeluarkan bunyi seakan-akan suara tangisan. Ada juga pendapat yang mengaitkan kejadian tersebut dengan kisah mistik kerana dipercayai kawasan tersebut pernah menjadi tempat pemujaan dan membuang barang-barang berkaitan makhluk halus.

Pokok Kurma Menangis
Pokok Kurma Menangis
Kejadian tersebut berlaku apabila, seorang wanita dari kalangan kaum Ansar, bersetuju untuk membuatkan sebuah mimbar baru untuk Rasulullah S.A.W. Apabila mimbar tersebut siap, maka berpindahlah Baginda Rasulullah S.A.W. ke tempat tersebut. Maka menangislah pokok kurma tersebut umpama bayi kerana rindukan zikir Rasulullah S.A.W disisinya. Melihatkan keadaan tersebut, Rasulullah S.A.W pun turun dari mimbar lalu mengusap pokok kurma tersebut seperti menenangkan seorang anak kecil.
Riwayat Ibn Umar r.a, dulu Rasulullah S.A.W selalu berkhutbah di atas Batang Kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun Menangis. Maka Nabi Muhammad saw mendatanginya sambil mengusap tangannya pada batang kurma itu untuk menenangkannya. (Imam Al-Bukhari dan al-Tirmizi)
Rasulullah S.A.W. bersabda: Seandainya aku tidak mengusapnya, nescaya ia akan tetap Menjerit hingga Hari Kiamat. (Ibn Majah Dishahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah)
Seram pulak tetibe dia menangis ye...Bersangka baik jelah..
ReplyDeleteBunut Susu Pasir Mas itu kg mertua saya... xde dgr pulak cerita pasal pokok petai menangis.. maybe balik kg nanti kot baru blh dgr cerita ni..hehe..
ReplyDeletesubhannallah.. semua nya kuasa Allah
ReplyDeletesubahanallah..kalau saya ade kat sana rasanya saya dah lari kot kalau dengar bunyi budak nangis..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
hmm, sblum ni pernah jugak dgr org ceta pasal pokok petai menangis
ReplyDeletekun faya kun... setiap kejadian aturan Allah... kalau benar pokok petai tu menangis, seeloknya kita berfikirlah apa yg Allah cuba sampaikan...
ReplyDeletekalau puteri yang dengar, puteri lari kot..hehe. Tapi apa pun kita bersangka baik jelah kan :)
ReplyDeleteSubhanallah.. wallahualam.. hanya Allah jua yg mengetahua rahsia alam...
ReplyDeletekalau tengah malam mesti aiza lari.. hehe.. hanya Allah yang tahu apa yang terjadi..
ReplyDeletesubhanallah bukti kebesaran & kekuasaan Allah swt
ReplyDeleteAllahuakbar.
ReplyDeleteTiada yg mustahil bg Allah..
ReplyDeletelepas ni ramai la yg takut ambil buah petai tu...takut penunggu marah...hahaha...btw...apa yg berlaku...mesti ada sebabnya...
ReplyDeleteyang penting petainya tetep bau..
ReplyDelete