Misteri Terowong Larkin
Misteri Terowong Larkin
Misteri Terowong Larkin semakin kusut. Kalau dulu, mungkin ramai yang tak ambil pusing mengenai dakwaan pergaduhan yang yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu. Namun setelah aksi sumpah di hadapan Al-Quran dilakukan oleh pemain dan jurulatih yang terbabit ramai yang tersentak. Dan persoalannya Sumpahan dihadapan Al-Quran siapa yang benar?
Sumpah Khairan Ezuan - Evaldo Di Tumbuk Di Dalam Terowong
Evaldo Di Tumbuk Di Dalam Terowong
Pada malam Isnin yang lalu, pemain T-Team Khairan Ezuan Razali dan penolong jurulatih Azlan Johar bersumpah di hadapan Al-Quran bagi membuktikan kenyataan mereka bahawa Evaldo ditumbuk ketika di dalam terowong itu adalah benar. Azlan dan Khairan Ezuan bersumpah mengatakan mereka berada dalam keadaan
sedar dan waras ketika kejadian itu berlaku dan melihat sendiri
bagaimana pemain import T-Team, Evaldo Goncalves ditumbuk pada bahagian
muka.
Upacara itu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini meminta pemain dan pegawai T-Team yang beragama Islam bersumpah menggunakan al-Quran bagi membuktikan kebenaran dakwaan mereka.
Sumpah Irfan - Tidak Ada Pergaduhan Di Dalam Terowong
Tidak Ada Pergaduhan Di Dalam Terowong
Sementara itu di Johor Bahru, bekas pemain T-Team, Irfan Abdul Ghani turut bersumpah di hadapan Al-Quran. Beliau menegaskan kenyataannya yang mendakwa tiada pergaduhan berlaku di dalam terowong tersebut adalah benar.
Menurut Irfan, beliau terdengar kekecohan di dalam terowong pemain semasa tamat separuh masa pertama perlawanan, namun tidak nampak apa yang berlaku. Tambahnya lagi semasa berada di dalam bilik persalinan kemudian, beliau mendengar pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impligazzo mendakwa dipukul ketika di dalam terowong itu. Namun daripada pemerhatian beliau semasa berada di dalam bilik persalinan tersebut, dia lihat tiada sebarang tanda bahawa Evaldo dan Stefano telah dipukul.
Sumpahan Siapa Yang Benar
Dalam kes di atas sebenarnya sukar dipastikan sumpahan siapa yang benar. Namun kita rasa kedua-dua pihak mungkin benar. Dakwaan T-Team mungkin benar dan dakwaan Irfan juga mungkin benar berdasarkan apa yang dia "percaya" bukan apa yang dia lihat atau saksikan.
Cuma sejujurnya ketika idea Sumpahan di lakukan di hadapan Al-Quran diutarakan oleh MB Terengganu untuk mencari kebenaran, kita dapat merasakan perkara ini akan berlaku. Bukan tidak percaya kepada kekuatan Al-Quran tapi inilah realitinya. Dan kita pasti ramai yang masih mengingati beberapa kes yang popular yang melibatkan sumpahan di hadapan Al-Quran sebelum ini. Adakah kita percaya kepada sumpahan tersebut?
Dan kejadian kali ini mungkin menambahkan "kekeruhan" yang ada. Mungkin selepas ini ramai yang beranggapan tidak apa bezanya sumpah dihadapan Al-Quran atau sebaliknya. Nauzubillahi Min Zalik.
P/s: Dan kita semua sebagai seorang Islam, jangan jadikan Al-Quran sebagai benteng pertahanan diri jika kita tidak beramal dengannya. Semoga kita semua dapat memelihara kesucian Al-Quran dan sentiasa beramal dengannya. Harap-harap kes ni boleh dijadikan iktibar untuk semua!!!
Tak perlu bersumpah bagai mcm tu..xde ke security yang jaga kat situ..pelik la..
ReplyDeleteSalam singgah rabu yer!
ReplyDeletedah main bersumpah2 bagai dah kes ni, macam meleret2 adanya...
ReplyDeletepasal bola pun nak bersumpah depan Alquran...x tau la sape yg betul...harap2 orang yg menyiasat tu biar lah telus...
ReplyDeletex tau nk kata apa dah....
ReplyDeletethe end of the day...yang berpangkat dan berduit jugak yang menang!!!
ReplyDeleteApe cite sebenar nyer ? Wallahhua'lam ...
ReplyDeletetak tahu plak isu ni... sampai sumpah guna quran?
ReplyDeleteParah dah kes nie. Kita tak tahu keadaan sebenarnya.
ReplyDeleteBialah ALLAH mengetahui kedudukan sebenarnya
hmmm susah nak ckp..smoga kebenaran akan terdedah jgk satu hari nanti..
ReplyDeletesepak bole je punnn..aduss.
ReplyDeletesikit2 nak sumpah..dah macam mainan pulak..hhuurrmm
ReplyDeleteberani sangat bersumpah.... hmmm... macam2 hal lah mereka nie.....
ReplyDeleteSaya bukanlah arif dlm agama, tp saya berpendapat bahawa bersumpah dgn Al Quran dlm isu ni mcm keterlaluan juga... agak2lah... main bola pun ramai yg tak berapa tutup aurat.. tambahan, Allah kurniakan akal utk digunakan dgn bijaksana dlm menyiasat punca serta penyelesaian. Lepas ni klu orang bunuh orang lain mesti ada nak suruh mahkamah guna sumpah Al Quran je.. wallahualam..
ReplyDeletebetul tu..isu ini tak sepatutnya melibatkan Al-Quran kerana ia merupakan satu kitab suci yang kita junjung..tapi kalau FAM bersikap tegas dari awal dengan menyatakan janjinya untuk menyisat kes ini sudah tentu tiada lafaz2 sumpah ini..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
aiza setuju dengan pandangan khir khalid.. macam-macam kontroversi dicetuskan..
ReplyDeleteaah...lepas angkat sumpah ni..mencetuskan kntroversi
ReplyDeletesepatutnya hal tu disiasat dgn terperinci..baru dpt mencari kebenaran..berdasarkan fakta n bukti
sampai bila2 pun bola kita tak kan maju kalau mcm nie caranya...
ReplyDeleteNeed further investigation and evidence to find out the truth.
ReplyDeletePerlukah sampai kena bersumpah guna Al-Quran? Semoga ada alim ulama mengulas isu ini agar Al-Quran yang kita sanjung tidak diperkotak katik kan demi kepentingan tertentu.
ReplyDeletesetuju dgn komen BM tu,.moga kebenaran akan terserlah juga nnti !
ReplyDeleteharap isu ni segera selesai...
ReplyDeletepada pandangan puteri la, tak perlulah sampai nak bersumpah kan..i mean its just football
ReplyDeleteKwn dpt info...mmg ada kekasaran tp bkn dr tmj. Bodyguard tmj yg bg se das dua bila mat salleh tuh angkat tgn utk serang tmj. Belum sempat sentuh tmj, bodyguard nya dah bg dulu.
ReplyDeletePercaya atau x....terpulanb
Kalau benar-benar diserang mesti ada sebabkan..Allah Hu Alam..
Deleteشركات نقل وتنظيف
ReplyDeleteشركات نقل عفش بالطائف
شركات نقل عفش بالمدينة المنورة
شركات نقل عفش بمكة
شركات نقل عفش
شركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
شركات تنظيف بمكة
شركة مكافحة حشرات