Motivasi Pagi : Emosi Dan Dosa

Salam Sabtu untuk semua pembaca Blog Santai,

Emosi Diri (Source)

Emosi Dan Dosa


Setiap pagi bila kita bangun pagi pasti ada satu emosi dalam diri kan. Ada kalanya kita rasa gembira. Ada kalanya kita rasa sedih. Ada kalanya kita rasa kosong atau dalam ertikata lain, tak ada emosi. Kenapa ya? Motivasi pagi

Kita bukanlah pakar psychology tapi kita tertarik dengan kata-kata kat bawah ni. Mungkin ini antara penyebabnya.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/74873_3568964952202_159715666_n.jpg
Emosi dan Dosa (Source)

Kesalahan Dan Dosa


Setiap manusia pernah melakukan kesalahan dan dosa. Kesalahan, kekhilafan adalah fitrah yang melekat pada diri manusia.

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".

Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).

Jom semua muhasabah diri dan belajar untuk mendidik hati kita agar sentiasa dapat memaafkan mereka-mereka yang pernah melakukan kesalahan kepada kita. Semoga emosi kita tenang dan dipermudahkan segala urusan. 

Comments

  1. emosi dan dosa , saling berkaitan :'

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. perkongsian yang bagus ni...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. maaf memaafkan amalan mulia.. semoga kesalahan kita sama ada yg kita sedar atau tak juga diampunkan Allah swt.. aamiin.. Salam Sabtu Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  4. semoga emosi kita sentiasa tenang, kena banyak muhasabah diri kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puteri...kalau banyak rasa tak puas hati hidup pun tak tenteramkan..

      Delete
  5. Memaafkan orang mmg sifat yang mulia tapi kan kadang-kadang kita susah memaafkan orang (orang yang rapat dengan kita) yang pernah menghina kita kerana ia melibatkan maruah dan harga diri kita lebih-lebih lagi jika dia lansung tak pernah meminta maaf atau mempunyai perasaan bersalah...

    ReplyDelete
  6. terfikir sejenak segala perbuata yg nina buat tp ada juga benda yg xboleh nk maafkan. hurmm

    ReplyDelete
  7. sejujurnya memang ada manusia yang aiza susah nak maafkan.. walaupun mulut mengatakan,"aku maafkan kau".. namun jauh di sudut hati masih mengingatinya..

    ReplyDelete
  8. Semoga kita sentiasa jadi seorang yang pemaaf dan tidak berdendam... Insyaalah, hidup akan aman tenteram.

    ReplyDelete
  9. cuba memaafkan walau kadangkala begitu payah...

    ReplyDelete
  10. Meminta maaf dan saling memaafkan..akan membuat hati lebih tenang..Semoga kehidupan kita semua diberkati..Nice sharing Raudzah..Thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat