Skim MyHome Bagi Subsidi Sehingga RM30,000
Skim My Home
Skim MyHome atau Skim Perumahan Mampu Milik Swasta adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.
Di bawah skim ini, Kerajaan menyediakan bantuan kewangan sehingga RM30,000 untuk membeli rumah pertama pada harga rumah kos rendah, bermula 1 April depan.
Fakta Mengenai Skim MyHome
1. Dana RM300 juta diperuntukkan untuk Skim MyHome
2. Maksimum subsidi kepada pembeli adalah sebanyak RM30,000
3. Rumah tidak boleh dijual selama 10 tahun.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/myhome-kerajaan-tawar-subsidi-rm30-000-untuk-pembelian-rumah-pertama-30042?cp
Syarat Kelayakan Skim MyHome
1. Warganegara Malaysia
2. Terbuka kepada pembeli rumah pertama
3. Pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM3,000
Menerusi skim MyHome itu, mereka yang layak hanya perlu membayar harga rumah kos rendah yang ditetapkan di setiap negeri. Bakinya adalah subsidi dari kerajaan dan akan dibayar terus kepada pemaju.
Contoh Cara Pemberian Subsidi MyHome
1. Harga rumah kos rendah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri adalah RM30,000
2. Harga yang ditetapkan oleh pemaju adalah RM60,000
3. Jika sekiranya pemaju dan pembeli layak mengambil bahagian dalam skim ini maka rumah yang bernilai RM60,000 akan dijual pada harga RM30,000. Baki RM30,000 adalah subsidi dari kerajaan dan akan dibayar terus kepada pemaju.
Borang Permohonan Skim MyHome
Borang permohonan untuk Skim MyHome boleh didapati dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mulai 1 April 2014. Tiada permohonan secara online disediakan.
p.s: Pada sesiapa yang layak bolehlah mencuba nasib ya. Mana tau ada rezeki boleh lah dapat subsidi RM30,000 tu..
mlm td tgk berita pasal isu ini..mcm menarik ja..nnt nak try la apply
ReplyDeleteTry lah MC..ok jugak rasanya skim ni..
DeleteHarap orang melayu terutamanya mengambil peluang ini dengan sebaiknya sebelum orang cina dan india guna skim ini
ReplyDeleteWah ada sentimen disitu...he..he
Deletesalam. wahh..banyak tu..
ReplyDeleteWasalam ita...memang banyak tu..kalau dapat Alhamdulillah...
Deleterugilah dah tak boleh nak apply untuk skim nie..
ReplyDeleteIts ok aida..tunggu skim lain pulak ya...banyak lagi rasanya tu!!!
Deletemahal uik wah 30,oo itu sema nak bayar sampai ada cucu cicit nanti heee
ReplyDeletemacam menarik jer skim nie..sy pun belum membeli rumah lagi...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
nak juga cuba mohon..
ReplyDeleteMenarik.. mudah2an perlaksanaannya benar2 membantu rakyat yg memerlukan.. in shaa Allah..
ReplyDeletemacam nak try mohon lah..
ReplyDeleteX lepas dh syarat tu.. Huhu
ReplyDeleterasanya nak juga try mohon skim my home ni :)
ReplyDeleterumah kos sederhana boleh apply x??
ReplyDeleterumah kos sederhana boleh apply x??
ReplyDelete