
Solat Sunat Dhuha (Source)
Solat Sunat Dhuha
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 30 minit
selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari.
Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat. Pada rakaat pertama boleh dibaca surah ad-Dhuha, manakala rakaat
kedua boleh dibaca surah al-Ikhlas. Masa yang diambil untuk
menunaikannya cuma tiga ke lima minit, sangat pendek masanya berbanding
keberkatan yang Allah berikan kepada kita untuk sepanjang hari
kehidupan.
Hikmah Solat Sunat Dhuha
Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang
ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara
berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan
Allah SWT. Di antara 3 hikmah Solat Dhuha adalah:
1. Solat Dhuha Mengelakkan Kemiskinan.
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)
2. Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)
3. Solat Dhuha Melindungi Diri Dari Azab Api Neraka
Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
Semoga kita sama-sama berusaha menjaga dan memelihara solat
sunat Dhuha, kerana hikmah yang Allah janjikan amat besar. Selamat beramal semua...
terima kasih berkongsi.
ReplyDeleteAllahu robbi moga solat-solat dhuha kita setiap pagi diterima olehNya..
ReplyDeleteAmin ya robbal'alamiin..
subhanallah...terima kasih mmg betul,try kita buat ..
ReplyDeleteAllah Swt mendengar apa yg kita minta...
great piece of sharing dear...kalau sempat dan ada masa ataupun cari ruang bolehlah diamalkan selalu kann???
ReplyDeleteJom sama2...
ReplyDeletetq for sharing kak.. :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah... ingat mengingati... jazakallahukhairan
ReplyDeletegood entri..banyak hikmahnya :)
ReplyDeletebritish council, blue bird and komli for you :)
terima kasih atas perkongsian bermnfaat ni akak..:)
ReplyDeleteThanks for sharing Raudzah.. salam khamis ^^
ReplyDeleteIn shaa Allah, pastikan ada masa terluang utk solat dhuha.. tak merugikan, malah menguntungkan.. t kasih atas peringatan Raudzah.. :)
ReplyDeletethanks for sharing dear...:)
ReplyDeleteInsyaAllah...akan diamalkan...thx for sharing raudzah
ReplyDeleteterima kasih kerana share RDZ...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
sangat bermanfaat perkongsian berkenaan himah solat sunat dhuna ini.. memang banyak hikmahnya.. menabung visa travel, education uk dan komli.. :D
ReplyDeleteMemang baik amalkan solat ni..
ReplyDeletetQ for sharing..klik2 di sini
ReplyDeleteMmg antara amalan sunnah digalakkan oleh Rasulullah...
ReplyDelete