5 Cara Terbaik Untuk Terus Kekal Berblogging

http://cursivecontent.com/wp-content/uploads/2013/11/10-dos-and-donts-for-personal-bloggers.jpg
Blogging Memerlukan Komitmen  (Source)

5 Cara Terbaik Untuk Terus Kekal Berblogging


Salam semua. Hari ni kita nak kongsikan 5 cara bagaimana untuk memotivasikan diri untuk terus kekal berblogging.  Kita pilih untuk berkongsi tips/cara ni kerana adakalanya bila kita singgah di beberepa blog rakan-rakan, kita perasan ramai yang hilang mood untuk terus berblogging. Antara sebab utama adalah tuntutan kerja lain yang lebih penting. Yang ini ok. Tapi ada juga yang tak ada idea. Tak atau nak tulis apa. Ada juga yang hilang mood sebab prestasi Blog sama aje. Setelah penat-penat menulis. Tak ramai yang datang melawat. Trafik Blog rendah. Tak ramai yang nak komen. Pretasi Alexa ranking juga masih sama. Tak naik-naik.

Selalunya situasi macam ni berlaku kepada rakan-rakan yang baru mula berblogging. Akhirnya Blog jadi beku. Untuk mengelakkan Blog jadi beku kita ada beberapa tips/cara yang kita nak kongsikan dengan semua. Kebanyakan tips/cara ni adalah pengalaman kita sendiri serta apa yang di kongsi oleh MENTOR kita yang prestasi Blognya memang membanggakan.

1. Komitmen Dan Semangat Untuk Berblogging


Kita akui berblogging adalah antara aktiviti yang menyeronokkan. Apatah lagi kalau kita boleh mendapat income dari Blog tersebut. Tapi kita juga akur bahawa Berblogging bukanlah satu aktiviti yang mudah. Ianya memerlukan komitmen dan semangat yang tinggi. Apatah lagi bagi kita yang baru membuat blog. Kita perlu ada matlamat. 

Dan yang penting jangan putus asa kalau Blog kita tak ada pelawat atau tak ada yang nak tinggalkan komen atau blogger-blogger senior tak nak datang melawat Blog walaupun dah banyak komen ditinggalkan di blog-blog berkenaan. Semua tu adalah perkara biasa dalam berblogging. So tak perlu risau. Semua Bloggers pernah melalui saat-saat di atas. Yang penting tidak mudah menyerah dan sentiasa ada semangat untuk perbaiki diri.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhc7h8OTAVJYTv6SIQD-_lmSBDFdyNn-blGYWXbINZwT_ZS2Pf1QxGICp29eO9cuo3qoeeFe_FmoGfDTLPt67EkwjTJzy5qMEj9sQ5tOMO9kLD2whWs_a1mYbdhFKhyphenhyphenfS3M6QmfZew8_QhM/s1600/quality.jpg
Pengikut Blog  (Source)

2. Kita Perlu Pengikut Untuk Terus Kekal Berblogging


Terdapat beribu-ribu blog dalam talian. Soalan yang perlu kita tanya kepada diri sendiri adalah mengapa pembaca perlu menjadi pengikut blog kita? Ini adalah soalan asas. Perkara pertama yang kita perlu buat adalah menjadi diri sendiri. Tak perlu meniru style orang lain, kerana ia tidak kekal. Perlu ikhlas semasa menulis. Jangan paksa diri. Pengalaman peribadi adalah salah satu cara terbaik untuk berkongsi idea bagi Blog personal. Ia lebih mudah menyentuh hati pembaca. Bagi Blog informasi, perlu banyak membaca. Ia bukan sahaja membantu mendapatkan idea untuk dikongsikan bahkan menambah ilmu blogger itu sendiri.

Gaya tulisan adalah penting. Blog yang yang baik dan selalu mendapat perhatian adalah Blog yang diolah seperti sebuah cerpen. Entrynya seolah-olah bercerita. Secara amnya pembaca lebih suka Blog yang agak santai tapi ada cerita. Yang ini perlukan skill. Dan kita akui inilah kelemahan Blog Santai. Skill penulisan kita memang lemah. Tapi jangan jadikan itu alasan untuk tidak memberikan yang terbaikkan.


3. Menghargai Blogger Lain Untuk Terus Berblogging


Antara saat-saat gembira bagi seorang blogger adalah apabila mendapat komen pertama di blog baru atau komen pertama di setiap entry. Komen pembaca menggalakkan penulis-penulis blog untuk menyediakan entry yang lebih baik. Dan sebagai balasan kita perlu membalas komen-komen tersebut disamping membuat kunjungan balas. Ini akan mengeratkan ukhwah sesama Blogger kerana masing-masing akan terasa lebih dihargai. Jangan sombong kerana tanpa pembaca Blog tiada harga.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxJFhThoEkZx5nDQb9bfBsd97HZqP0eoi6wQuRmR0UtVac2yz6eFeDc6HIMF01mDyArRbs_i_Z8FMsl6xy-n3W1kHJG4rswTB-vb4dHvzakdV4qWjuvnN8T_WJWlxVqvZMjiqQDVtR6hpJ/s1600/Untitled.png
Ping Blog Entry Di Ping Busuk  (Source)

4. Promosikan Blog Untuk Menaikkan Trafik


Untuk menaikkan trafik Blog, kita perlu meluaskan jaringan pembaca. Jangan malas untuk berkongsi enrty kita dengan pembaca-pembaca lain. Kerja blogger bukan hanya membuat dan menyiarkan entry. Yang lebih penting adalah mempromosikan artikel tersebut. Jangan hanya duduk berehat selepas menekan butang "publish". Kongsikan artikel tersebut sebanyak mana yang termampu. Di Facebook, Twitter, Google+ dan juga dilaman-laman ping yang ada seperti Ping BusukPingje.comBlogr.myKartikel.com, Apesal.com dan banyak lagi.

5. Jaga Ukhwah Dengan Pembaca Setia & Kumpul Pembaca Baru


Untuk mengekalkan trafik serta minat berblogging kita perlu sentiasa menghargai pembaca setia Blog kita. Mereka inilah yang setiap hari mendermakan trafik ke Blog kita. Jadi sokongan mereka harus dihargai. Selain daripada itu, kita perlu mendapatkan pembaca baru. Ini boleh dilakukan dengan memperbanyakkan blogwalking di blog-blog yang berlainan selain dari blogger sedia ada. Sediakan list yang berlainan untuk Blogwalking. Peluang untuk dikunjungi semula adalah lebih tinggi.

So selamat berblogging untuk semua. Semoga tips-tips yang kta kongsikan memberi manafaat untuk semua sebagai bekalan untuk menjadi blogger yang disegani ramai suatu hari nanti.


Comments

  1. cara terbaik yang perlu kita buat dalam berblog kan raudzah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis, tips yang berguna sangat. hehehe ~~~

    ReplyDelete
  3. memang penting tips-tips yang raudzah kongsikan ni..nak kekal secara konsisten tu tak mudah tapi tak juga mustahil kan. Yang penting usaha yang berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu puteri. Kena konsisten..kalau nak kekal kan!!!

      Delete
  4. salam raudzah. tips yg membantu dan menaikkan semangat utk terus berblog. thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaukumsalam KA..Alhamdulillah harap sangat dapat membantu...

      Delete
  5. bab promosi tu Fiza tak pernah try lagi Raudzah.. terima kasih atas info...

    ReplyDelete
  6. Salah satu perkara yang menjadi motivasi untuk saya terus berblogging adalah peluang memperbaiki diri... berblogging ni bukan semata-mata menulis... tetapi juga melibatkan membaca iaitu Iqra` dan melalui pembacaan, akal semakin tajam... :D
    Yang penting, jangan berblogging sampai terlalu tertekan pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Wafa..kita pun suka membaca..banayk benda baru yang kita belajar...Tapi jangan stress pulak ya..he..he

      Delete
  7. gd sharing tpi tulah kdg2 masa tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KA..its ok..faham KA..kita pun sama jugak..

      Delete
  8. salam akak. berguna tips ni :)

    p/s isi tabung komli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ita..thanks ya for the clicks..

      Delete
  9. Setuju dengan tip2 yg diberikan. Saya pun ada masanya dah tepu idea utk terbitkan entri...tapi kerana sokongan sahabat, tetap cuba mencari idea memberi yang terbaik. Blog niche spt saya lagi sukar mendapat bahan cerita...sesekali kena juga keluar dari topik. Yang penting ianya mestilah bukan sekadar melepas batok di tangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BM..kadang-kadang memanglah tepukan..macam kita ni lagilah 4 artikel per day tau...its not easy..tapi kalau ada kemahuann disitu ada jalankan...

      Delete
  10. السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
    sebuah tips yang sangat bagus sekali untuk diterapkan agar bisa terus blogging
    terima kasih...

    ReplyDelete
  11. wah saya juga pengen sekali kekal dalam berblogging.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah..boleh try my tips YD..good luck ya!!!

      Delete
  12. tips yang menarik nih..tak dinafikan yang no 1 tu memang menjadi keutamaan kalau blog nak kekal lama..kalau macam saya every year saya target matlamat baru supaya ada benda yang saya nak kejar ketika sy tengah blogging..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Strider. Kena ada terget dan cara untuk mendapatkannya...In Shaa Allah ok..

      Delete
  13. Tips yang sangat baik sebagai panduan untuk terus kekal di dunia blogging...yang ping-ping tu jarang buat.

    ReplyDelete
  14. Nice tips :) akan mula dipraktikkan

    ReplyDelete
  15. yeah terbaik tips yg diberikan... t.kasih

    ReplyDelete
  16. great piece of tips and sharing my dear... thumbs up...he he he...gambar kita tu sama dengan entri farah hari jumaat lepas... la la la la... *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnaks Farah..Realy gambar yang mana..I miss that artikel..

      Delete
  17. thanks raudah atas tip neh...macam tau je naniey xde mood nak berblog sejak akhir2 neh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Naniey..ramai yang macam tu..but is ok..memang ada turun naikkan..

      Delete
  18. Cik akak dah jauh kebelakang nie dear.
    Tak tahu nak mula dari mana.
    Taip itu taip ini.
    Macam tak menjadi je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its ok dear..Understood cik akak sekarang ni tengah "Demam"..he..he

      Delete
  19. Thanks Raudzah... kekangan idah ialah masa... huhu... ada kerja lain yg lebih memerlukan perhatian... walau apa pun idah cuba untuk memenuhi syarat2 dia atas.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome acik idah..its ok..bagi priority pad yang perlukan..and good luck ya!!!

      Delete
  20. nice share.. dalam dunia blogging, naik turun tu biasa.. tapi kena pandai kontrol, spaya bila down tu, tak down terus tinggl blog... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pha is..janji semangat kena kuatkan..

      Delete
  21. salam. abe kie setuju sgt2 dgn info ini..sama2 bekerjasama dlm dunia blog..

    ReplyDelete
  22. Tips yg baik utk dijadikan panduan.. Salam berblogging Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  23. tips yang baik untuk menjadi panduan..thanks akak..:D

    ReplyDelete
  24. tips terbaik ada kalanya yumida kesuntukan masa. jadi bila berblogging kelam kabut jadinya. hihi

    ReplyDelete
  25. Tips yg sgt berguna Raudzah...thanks

    ReplyDelete
  26. bagus perkongsian raudzah ni....ika pun dah jarang dapat blogging macam dulu sebab busy dengan kerja...tak termampu nak hadap blog sangat...sebab komitmen ika pada kerjaya kedoktoran itu lebih ika utamakan...sekarang ni dalam tahun akhir jadi tahun yang sangat3 penting untuk ika...tu yang tak boleh nak blogging sangat hewhew

    apa pun, ika doakan raudzah terus gigih berblogging...semoga ukhwah kita di alam maya ini kekal....insyaAllah :)

    ReplyDelete
  27. terima kasih di atas tips berguna ini.. insya-Allah akan aiza praktikkan..

    ReplyDelete
  28. tips yang baik raudzah.... lebih2 lagi blog saya perlu baca banyak rujukan.. tapi saya tetap suka untuk berblogging.... :D

    ReplyDelete
  29. wah, tips yang berguna.
    Banyak yang Sha kena buat ni =)

    ReplyDelete
  30. Tips yang sangat bermanfaat terutama kepada newbie...

    Salam ziarah dari Bunda...

    ReplyDelete
  31. terima kasih atas perkongsian raudzah...

    ReplyDelete
  32. tips yang baik...thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  33. Bagus info nie.. Especially bagi mereka yang baru nak buat blog ;D

    ReplyDelete
  34. Panduan berguna utk semua..

    ReplyDelete
  35. Terima kasih...tips yg sgt brguna dn memberi smgt utk sy mula brblogging

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat