7 Adab Berdoa Yang Di Tuntut

http://www.ppajakim.com/v2/images/berdoa_thumb61.jpg
Berdoalah Kepada Allah Dalam Masa Susah dan Senang

Berdoa


Berdoa adalah salah satu cara untuk kita berinteraksi dengan Allah. Sebagai seorang Muslim kita digalakkan berdoa untuk menunjukkan rasa rendah diri kita terhadap Allah SWT, selain untuk menunjukkan rasa patuh dan taat kepada suruhan Allah. Doa boleh dilakukan bila-bila masa tanpa had dan batasan selagi manusia Muslim itu hidup dan beriman kepada Allah. 

Apabila kita berdoa, kita mengharapkan segala doa-doa kita dimakbulkan Allah.  Untuk memudahkan doa kita diangkat ke langit, jauhi dosa-dosa besar serta jagalah hubungan kita sesama manusia. 

7 Adab Berdoa Yang Di Tuntut


Berdoa itu mempunyai adab-adab tertentu yang perlu kita ikut. Antaranya:

1. Pastikan telinga kita mendengar apa yang kita pohon dari Allah.  
2. Pastikan kita faham apa yang kita ucapkan.
3. Pastikan hati kita ikhlas mengharapkan pertolongan Allah.
4. Pastikan otak kita menggambarkan apa yang kita pohon dari Allah.
5. Pastikan kita menadah tangan dalam keadaan yang betul.
6. Fokus dalam berdoa dengan melihat kepada satu titik ditapak tangan. 
7. Ulang doa sebanyak tiga kali dan yakinlah Allah akan memakbulkan doa-doa kita.

Orang yang beriman sering berdoa dengan disertai usaha. Kita harus sedar bahawa usaha kita akan menjadi sia-sia jika tiada perkenan dan izin Allah. Begitu juga dengan doa. Ianya tidak akan dimakbulkan tanpa ada usaha. Setelah berdoa dan berusaha, kita kena tawakkal kepada Allah.

Comments

  1. yakin pada Allah .s.w.t itu yang penting.. dan kuncinya adalah sabar

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. terima kasih berkongsi ilmu tentang adab berdoa yang dituntut. in shaa Allah. diamalkan sampai bila-bila. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  3. Doa adalah senjata terhebat untuk orang Islam...tapi ramai yg tak tau cara terbaik menggunakannya. Sedangkan Doa itu sebenarnya lebih mudah dari mengangkat senjata.

    ReplyDelete
  4. jangan hanya berdoa di kala dalam kesusahan...sentiasa berdoa kepadaNYA dalam masa susah dan senang...

    ReplyDelete
  5. Doa itu senjata mukmin.. mari kita terus berdoa kpd Nya...

    ReplyDelete
  6. Insyallah...itu yang patut di amalkan..

    ReplyDelete
  7. perkongsian yg sgt bagus kak.. komli 2x.. :-)

    ReplyDelete
  8. TQ Sis atas peringatan bermanfaat ini...

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah...
    trima ksh kongsi ilmu =)

    ReplyDelete
  10. sentiasa berdoa baik ketika senang mahupun senang..

    ReplyDelete
  11. bagus perkongsian ini.. berdoa juga salah satu cara untuk kita menghilangkan kekusutan fikiran.. pasti akan berasa lega dan tenang selepas berdoa kepada Allah.. menabung komli, digi, colgate.. :D

    ReplyDelete
  12. Ingin jana pendapatan lumayan dgn mudah dan cepat tanpa modal,tiada penipuan??? click - http://tasks4job.com/?refer=57311

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat