7 Dosa Lidah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb9D3cFS4tFZGLXL177fxZ47OeLxCSG2jKypjqi1CKn85a8O1xTv_vAdGvfloHN4b_ItP5BJYMsAyAi6voobrAO0GFg1ujbVFDjUyo6TJ_XwBML1zsrutKnmLfQoFJKbJfydKkOp6uAN8/s1600/Dosa-lidah.jpg
Dosa Lidah (Source)

7 Dosa Lidah 


Salam Jumaat semua. Hari ni kita nak berkongsi mengenai salah satu pancaindera manusia yang paling banyak melakukan kesalahan iaitu lidah. Lidah manusia adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Ianya lembut dan tidak bertulang namun jika di salah gunakan,  kesannya terlalu besar yang akan membawa sipemiliknya ke nerakaAntara 7 dosa-dosa lidah yang selalu manusia lakukan tanpa sedar atau memang disengajakan adalah seperti berikut:

1. Lidah Yang Mengucapkan Sesuatu Yang Tidak Perlu

Lidah perlu dibasahi dengan zikir kepada Allah SWT. Bukannya digunakan untuk mengucapkan perkataan yang tidak berfaedah yang boleh mendatangkan dosa. 

2. Lidah Yang Suka Memaki Hamun Dan Bercakap Kotor

"Wahai Ali! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri.

3. Lidah Yang Suka Menyebarkan Fitnah, Berdusta Dan Berbohong.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Lidah Yang Suka Mengadu Domba

Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali k.wj: "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."
 5. Lidah Yang Bercabang Dua
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Manusia paling jahat ialah si dua muka, apabila ia mendatangi kelompok  manusia maka ia membawa muka yang satu, dan apabila ia datangi kelompok manusia yang lain maka ia membawa muka yang satu lagi." 

6. Lidah Yang Suka Memuji Manusia

Pujian yang berlebihan yang tidak sesuai dengan hal yang sebenarnya boleh jatuh kepada dusta.
Nabi SAW berwasiat kepada Sayidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Apabila engkau disanjung orang dihadapanmu, ucapkanlah : 'Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan, ampunilah dosaku apa yang mereka tidak ketahui, janganlah aku disiksa tentang apa-apa yang mereka ucapkan". 

7. Lidah Yang Berkata "Kalau" Pada Kejadian Yang Telah Berlaku.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud ; "Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Kalau aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah: “Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “kalau” membuka pintu perbuatan syaitan." (Hadis Sahih Riwayat Muslim , no: 4816)

Jom sama-sama kita jaga lidah kita supaya kita tidak muflis di akhirat. Basahi lidah kita dengan zikir kepada Allah bukan dengan kutukan dan hinaan. Jaga Diri Hiasi Peribadi. Wasalam.

1. Rahsia Wanita 

Comments

  1. Assalamualaikum RDZ Z, selamat hari jumaat..memang betul sebab lidah badan binasa..zaman sekarang ni, org tak bercakap tapi suka manaip di laman-laman sosial perkara2 yg tak sepatutnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Khairulll..Apabila dunia semakin canggih, dosa juga mungkin semakin bertambah. Jaga lidah dan jaga tulisan kita...Semoga Allah pelihara kita semua..Aminn!!!

      Delete
  2. terima kasih atas peringatan raudzah....berzikirlah selalu n elakkan menggunakan perkataan kalau...perkataan ni mmg biasa sgt digunakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome Noe...Betul tu Noe.."Kalau" tu adalah sesuatu yang sangat biasakan..tanpa sedar..Moga Allah mengampuni kita semua..Aminn!!

      Delete
  3. This is really great sharing. We should remind ourselves of not doing the 7 sins of tongue from time to time.

    ReplyDelete
  4. Beul tu, jaga hati jaga iman.....berhati-hati gunakan lidah kita

    ReplyDelete
  5. Betapa dlam kelembutan lidah kita ada ketajaman dan bisanya andai tidak dijaga dengan baik RDZ. Kalau baik diguna baiklah dapatnya dan begitulah sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KZ..Gunakan Anugerah Allah sebaiknya kan...

      Delete
  6. Nice sharing Raudzah...salam jumaat

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, perkataan kalau tu maknanya kita menidakkan Qada dan Qadar kan.. Masyallah. terima kasih sangat beri peringatan berguna ni.. in shaa Allah, akan diingati selalu. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  8. yg no 7 tu selalu jadi... macam tak redha kan? mesti elakkan

    ReplyDelete
  9. Semoga kita sentiasa beringat utk menjaga lidah kita... menjaga lidah bermaksud juga menjaga amal & diri kita.. subhanallah.. T kasih atas perkongsian & peringatan ini Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  10. semoga kita sentiasa beringat dan menjaga lidah kita, salam jumaat dear...

    ReplyDelete
  11. muhasabah diri... takutnya dengan lidah kita kan...

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah, takzirah yg bagus dihari jumaat, salam jumaat kak.. :-)

    ReplyDelete
  13. perlu sentiasa menjaga lidah..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  14. perkongsian yg baik..terima kasih..sama2 kita jaga lidah..

    ReplyDelete
  15. terima kasih di atas peringatan ini.. bersama-samalah kita menjaga lidah kita.. menabung visa, inti dan komli..

    ReplyDelete
  16. Ingin jana pendapatan lumayan dgn mudah dan cepat tanpa modal,tiada penipuan??? click - http://tasks4job.com/?refer=57311

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat