7 Mimpi Rasulullah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpCTPRhmtdUg4UxY1B-e3OIT0_bu5C0fBsEvrjCAxxVs0_qpr3GqpPOY_gJLNkTlh1ueOomHKVo5-XfCt3mtS6nLLmiCFqhixoioO8oxJBhTZmIXUDPzoUr5Sp64_0A40Njcl_DkbbhA4/s640/483572_291507134315044_225684402_n.jpg
Mimpi Rasulullah S.A.W

7 Mimpi Rasulullah S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
“Dari Abu Qatadah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda; mimpi yang buruk adalah dari syaitan, siapa yang bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya dan minta perlindungan (dengan membaca A’uzubillahi minassyaitannirrajim) Allah dari syaitan serta jangan diceritakan kepada orang lain; dan siapa yang bermimpi baik hendaklah ia bergembira dan jangan diceritakan kecuali kepada orang yang dipercayainya.” 

Sebelum Rasulullah S.A.W di Israqkan, Baginda telah bermimpi keadaan umatnya yang disiksa kerana dosa yang dilakukan sewaktu hidupnya. Namun mereka diselamatkan Allah kerana amalan mulia yang pernah dilakukan sewaktu hidupnya. Antaranya:

 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2 . Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskan ia dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkan nya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

7. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu memelihara muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 


Kesimpulannya, lakukan setiap amalan kita dengan ikhlas. Semoga Allah memelihara kita dari Azab Dunia dan Akhirat.

(Source)

Comments

  1. Semoga Allah memelihara kita dari Azab Dunia dan Akhirat.

    ReplyDelete
  2. semoga kite terhindar dari azab dunia dan akhirat...bila membayangkan pon dah cukup gerun...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum .. terima kasih berkongsi peringatan berguna untuk semua sahabat kita.. in shaa Allah, apa sahaja yang kita buat, niatkan dengan ikhlas kerana Allah Taala... sheila singgah menabung digi sini ~~~

    ReplyDelete
  4. Senang dan mudah kata apa juga amalan kita yg ikhlas pasti ada ganjarannya... beramallah kerana Allah, Inysa-Allah malaikat tidak lalai mencatat semuanya..

    ReplyDelete
  5. sangat bermanfaat perkongsian mengenai mimpi rasulullah ini.. semuanya kena ikhlas kerana Allah.. menabung komli dan nuff burung biru je keluar..

    ReplyDelete
  6. Semoga kita melakukan segala amalan dgn terbaik dan ikhlas serta dijauhkan dari azab dan api neraka

    ReplyDelete
  7. sama2 memperbaiki amalan kita :)

    ReplyDelete
  8. amat menginsafkan...sama2 kita meningkatkan kualiti amalan kita..

    ReplyDelete
  9. In shaa Allah.. semoga kita semua tergolong dikalangan org2 yg sentiasa ikhlas... aamiin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat