Cabaran Lautan Hindi Untuk Pencarian MH370

Doa Untuk MH370

Lautan Hindi Ketiga Besar Di Dunia


Lautan Hindi adalah lautan yang ketiga besarnya didunia. Ianya mewakili 20% daripada air di atas permukaan Bumi. Ia disempadani oleh Asia termasuk India di sebelah utara (sebab itu dinamakan Indian Ocean) Afrika di sebelah barat, Australia di sebelah timur dan Lautan Selatan di sebelah selatan.

Lautan Hindi Terdalam Di Dunia


Biarpun Lautan Hindi adalah ketiga besarnya di dunia, namaun ia adalah yang terdalam di dunia. Kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter. Di sesetengah tempat ketinggiannya mencecah hampir 7000 meter, i.e sama tinggi dengan Gunung Everest. So you all boleh bayangkan betapa sukarnya pencarian MH370 jika ianya benar-benar hilang di sini.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f4/Diegogarcia.jpg/300px-Diegogarcia.jpg 
Lautan Hindi

Lautan Hindi Dikenali Sebagai ‘Lonely Ocean’


Lautan Hindi juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ kerana amat jarang dikunjungi oleh pedagang untuk belayar di kawasan tersebut. Ianya juga dikenali sebagai antara yang terganas didunia. Disesetengah bahagian, angin dan arusnya terlalu kuat. Ombaknya terlalu tinggi dan boleh mencecah setinggi gunung. Dasarnya juga kerap berubah.   

Sebab itu "ketidakhadiran" imej yang kesan oleh satellite Australia bukanlah mustahil. Tambahan pula imej dirakam pada 16hb March. Hampir seminggu yang lalu. Mana mungkin dengan lautan yang seganas ini, imej tersebut mampu bertahan. 

Cabaran Lautan Hindi Untuk MH370


Persoalan yang seterusnya adalah sekiranya kotak hitam berada di sini, mampukah kita menjumpainya? Apakah teknologi dunia yang ada yang boleh digunapakai? Dan apakah kotak hitam tersebut masih berfungsi kerana difahamkan kotak hitam tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter. Hanya doa yang mampu kita panjatkan kepada Allah supaya  pencarian MH370 dipermudahkan. #Pray4MH370

Comments

  1. hmmm sedihnya baca entri ni.... tak mampu nak bayang kejadian seperti ini berlaku... signal dari kotak hitam pon boleh bertahan takat 30 hari jer kan, kalau kotak tu survive...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih Wafa. Situasinya terlalu sukar untuk dibayangkan..

      Delete
  2. sungguh hebat cabarannya.. apa yang mampu kita lakukan hanyalah teruskan berdoa agar urusan pencarian terus berjalan lancar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hebat Aiza..Cabaran yang tak semua orang mampu hadapi. Moga pihak yang menjalankan operasi tak putus harapan.

      Delete
  3. Semoga segala urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  4. Sedihlah bila baca ttg hal ni... semoga jumpa lah hendaknya... aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih khir..Bayangkan nasib semua penumpang. Hilang tanpa dikesan di lautan ganas.

      Delete
  5. Yup cik akak. Jom sama-sama berdoa..

    ReplyDelete
  6. Moga segala penantian ini berakhir juga.

    ReplyDelete
  7. mmm dengan taufan gilian lagi...kita terus berdua agar permudahkan pencarian ini...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat