Imam Terkenal Cucu Paderi

Suhaib Webb
William Webb @ Suhaib Webb

Imam Terkenal Cucu Paderi


Imam Terkenal Cucu Paderi. Itulah kuasa Allah. Sebelum memeluk Islam, William Webb @ Suhaib Webb telah membesar sebagai cucu kepada seorang paderi. Menghadiri pertemuan di gereja tiga kali seminggu. Sebagai remaja, jiwanya juga sama remaja-remaja yang lain. Tidak ingin dikongkong serta terjebak dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar. 

Takdir Allah menentukan segalanya. Ketika beliau berusia 17 tahun, sewaktu bertugas sebagai seorang DJ, beliau telah dihadiahkan senaskhah al-Quran terjemahanSejak itu, minatnya terhadap al-Quran timbul sedikit demi sedikit. Al-Quran juga telah memberikan pengaruh yag cukup besar dalam hidupnya sehinggalah beliau membuat keputusan untuk memeluk Islam pada usia 20 tahun.

Imam Masjid Boston


Untuk mendalami Islam, beliau telah melanjutkan pelajaran ke  Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir selama enam tahun bermula pada 2004 dalam bidang Syariah. Di sana beliau mempelajari dan menghafal al-Quran dengan seorang ilmu agama terkenal, Sheikh Abu Mustafa. Sekembalinya beliau ke Amerika Syarikat beliau memilih untuk menjadi pendakwah bebas. Kini, beliau adalah Imam terkenal di Masjid Boston, masjid yang terbesar di wilayah New England, Amerika Syarikat.

Bila difikirkan balik, kita di Malaysia ni terlalu takut untuk memperkenalkan Islam kepada bangsa lain. Kalau boleh Islam hanya mahu di kuasai dan dianuti oleh bangsa Melayu. Pelbagai isu keugamaan dimainkan untuk menjarakkan Islam dari penganut agama lain. Adakalanya Islam digambarkan terlalu rigid walaupun kita semua tau bahawa Islam itu amat mudah bagi mereka yang betul-betul memahaminya. Kalaulah keadaan seumpama ini berterusan, mampukah syiar islam terus berkembang. Dahlah orang islam sendiri semakin nipis imannya. Hmmm..

Comments

  1. allhuakbar !! kagum dengan cerita nie.. sangat beruntung beliau mendapat hidayah ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Acik..Hidayah Allah untuk mereka yang terpilihkan...

      Delete
  2. Subhanallah...perkongsian yang menarik,,

    ReplyDelete
  3. salam...
    Imam Suhaib mmg agk terkenal..
    tp yaya lum pernh tau lagi latar belakang cerita dia..
    info yg menarik..terima ksh kongsi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Yaya...Nanti Yaya boleh find out more ya..

      Delete
  4. hidayah di tangan allah, kan Raudzah? paderi masuk islam pun ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ummi...Kita tak tahu perancangan Allahkan...

      Delete
  5. Kadang-kadang saya kagum bila fikirkan macamana orang bagi hadiah Quran kat orang bukan Islam... ye lah kan sebab bukan budaya kita (atau yang pernah saya tahu)... Actually tak pernah terfikir macam nak bagi hadiah quran macam tu... apa tah lagi nak bawak berbincang dengan kawan-kawan non-muslim... walaupon kadang-kadang kawan non-muslim saya ada tunjuk interest tentang islam... ada macam rasa tak berani... takut.. macam tak kena... Saya teringat Dr Ridwan Tee pernah marah (macam marah lah) kat orang melayu yang tak ajak kawan-kawan non muslim masuk islam... atau tak bersungguh... kan? Sampai sekarang saya ada beberapa orang sahabat non-muslim (macam sahabat lah sebab sangat rapat), yang saya sayang sebab we all macam adik beradik - help each other tak macam ada perbezaan kaum, tp tak pernah SANGGUP saya nak keluar kata-kata nak ajak masuk Islam, sedang kan saya tahu kalau dia Islam, dia akan selamat di akhirat yang kekal... hmmmm... what say u? Allahualam bissawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Wafa untuk perkongsian yang jujur. Sememangnya tak ramai yang berani melakukannya. Sebenarnya itu adalah amanah Allah untuk kita. Kita pernah berkongsi ilmu dengan rakan-rakan terdekat tentang Islam..Ada yang dah convert. Alhamdulillah. Mulakan dengan sesuatu yang kecil. Dan yang lebih baik kita adalah role model..Jangan paksa dia orang terima aje apa yang kita buat. Perlu ada 2 ways communication..

      Delete
  6. Hidayah datang dengan pelbagai cara.. nice sharing Raudzah :)

    ReplyDelete
  7. Selalu tengok dia kat TV tapi jarang dengar sebab cari yg Channel melayu....hehe
    Salute dengan diakan Raudzah...dahlah cucu paderi...Hidayah Allah tu datang kepada sapa yg Dia kehendaki...Allahu Akbar

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah... hidayah diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, siapa sangka hidayah dari ALLAH untuk cucu seorang paderi.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...akhirnya dia diberi hidayah olehNya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah....dia diberi hidayah untuk mengenali dan seterusnya menganuti agama Islam. orang yang diberi hidayah ini...kadang2 ilmu dan imannya lebih tinggi dari kita yang sejak lahirnya sbg penganut islam...

    ReplyDelete
  12. Subhanallah... Allah membuka hati sesiapa shj yg dimahukan... semoga hati kita semua ttp berada diatas jln yg lurus & diberkati... aamiin..

    ReplyDelete
  13. begitulah apabila Allah telah membuka pintu hati seseorang dan diberikan idayah kepadanya..

    ReplyDelete
  14. semoga lebih ramai lagi orang bukan islam dibukakan hati nya untuk menerima islam..

    ReplyDelete
  15. alhamdullillah.....semoga lebih ramai lagi yg dapat hidayahNya

    ReplyDelete
  16. Ingin jana pendapatan lumayan dgn mudah dan cepat tanpa modal,tiada penipuan??? click - http://tasks4job.com/?refer=57311

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat