Inilah Cara Mengesan MH370 Di Lautan Hindi

 Cara Mengesan MH370 Di Lautan Hindi

Kaedah Abad Ke 19 Kesan MH370


Antara hikmah terbesar tragedi MH370 ialah penemuan cara baru untuk mengesan kehilangan pesawat. Buat pertama kalinya penggunaan kaedah Abad Ke 19 yang dikenali sebagai "Kesan Doppler" digunakan. Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah. Setiap kejadian ada hikmah. Tanpa tragedi ini, mungkin kaedah ini tidak akan muncul.

Melalui kaedah ini, Kesan Doppler yang dikenali sebagai 'Burst Frequency Offset' digunakan.'Burst Frequency Offset' berubah mengikut lokasi pesawat terbabit dalam arca yang berkemungkinan menjadi tempatnya berada, arah pergerakan dan kelajuannya.

Data Awal MH370 Tentukan Kedudukan  Di Lautan Hindi


Data awal penerbangan pesawat dari Kuala Lumpur digunakan sebagai asas untuk menentukan ciri-ciri sistem pesawat MH370 dan hubungannya dengan satelit. Setelah sistem komunikasi pesawat tidak berfungsi, enam isyarat "Ping" yang dicerap satelit daripada MH370 dan dihantar secara automatik pada setiap jam dijadikan asas bagi menentukan kedudukan terakhir pesawat MH370 di Lautan Hindi.

Untuk mendapatkan keyakinan terhadap teorinya, Inmarsat menyemak ramalannya itu dengan maklumat yang diperoleh daripada enam pesawat B777 lain yang terbang pada hari sama di pelbagai arah. Terdapat persamaan yang nyata dan meyakinkan.

Kita bersyukur sangat-sangat kerana banyak perkara baru yang kita belajar dari peristiwa yang menimpa MH370. Dari almost zero knowledge mengenai dunia satelite dan penerbangan pesawat, sekurang-kurangnya kita dah ada sedikit knowledge mengenainya.


Source

Comments

  1. malam semalam iolss tengok kat Astro Awani, setiap kedalaman lautan tu ada gadget yang berbeza dear... canggihnya technology kan?

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan dgn kaedah ni boleh menemukan kotak hitam pesawat tu..
    sambil isi tabong untuk Raudzah

    ReplyDelete
  3. teknologi semakin canggih tapi jangan lupa pada teknologi lama yang menjadi asas kepada teknologi baru.teknologi dopler nih banyak digunakan dalam bidang perubatan.Apa2 semoga pencarian ini berakhir dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Ya...dulu kita tak tahu, sekarang semakin banyak kita tahu... :)

    ReplyDelete
  5. Malaysia sangat jauh ketinggalan dalam dunia teknologi..
    Sekadar mengharap dari pihak luar dlm bantuan.. moga selepas ini Malaysia akan lebih peka dgn bidang teknologi khusus nya ketenteraan ..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Allahuakbar. teknologi ni sungguh membantu.. semoga Allah SWT mempermudahkan urusan pencarian pesawat dan kotak hitamnya. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  7. semakin banyak ilmu baru dari tragedi ni kan raudzah...mudah-mudahan pencarian ini akan berhasil menemukan pesawat dan kotak hitam

    ReplyDelete
  8. banyak teknologi canggih yg kita dapat tahu hasil pencarian MH370, moga semua nya dipermudahkan oleh Allah..Aminn..

    ReplyDelete
  9. teknologi yang serba canggih tp KA msh simpan harapan lagi...

    ReplyDelete
  10. Kemana destinasi dia nak pegi tu gak nyer kan... Misteri.. misteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tertanya-tanya soalan yang sama... misteri sungguh!!!

      Delete
  11. Banyak perkara yang dapat dipelajari..

    ReplyDelete
  12. Ilmu Allah mmg tak akan habis jika dipelajari... alhamdulillah.. mmg bnyk yg kita dpt tahu...

    ReplyDelete
  13. mmg byk info kita dapat hasil dari insiden MH370 ni...

    ReplyDelete
  14. ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. menambah pengetahuan kita berkaitan satelit, radar, kotak hitam dan pembagai lagi berkaitan pesawat.. menabung inti, komli, colgate..

    ReplyDelete
  15. Ya kita tahu banyak teknology canggih tiba-tiba baru kita dengar... disebabkan kejadian ni... baru pada kita, mungkin dah lama kepada orang lain... teknology paling canggih yang saya nampak di sini adalah bagaimana MH370 boleh hilang as diappeared... kalau ping terakhir jam 8pg gitu ada kat situ... dia buat apa kat belah-belah tu? dan masa tu dia tgh terbang bukan hanyut... Apa rahsia MH370 yg orang tertentu tahu kita tak tahu dan tak diberitahu kerana kita tak patut tahu??? kerana kita kena jaga hati keluarga mereka yang terlibat... canggih teknology zaman sekarang sampai tahap ni... :(

    ReplyDelete
  16. rasa macam pathetic ajer.. oleh news...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat