Kad Diskaun Ganti BR1M?

BR1M

Kad Diskaun Ganti BR1M?


Ganti BR1M dengan Kadar diskaun. Inilah antara cadangan yang difikirkan lebih baik kerana ianya bersifat jangka panjang. Cadangan ini diutarakan oleh sesetengan pihak apabila ada ura-ura yang kerajaan akan membayar BR1M sacara bulanan atau suku tahunan untuk meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga barangan.

Kad Diskaun Lebih Baik Dari Cash?


Hmmm..bagi kita cadangan ni ada betulnya sebab kalau bagi cash satu hari atau satu minggu dah habis. Tapi kalau bagi diskaun untuk pembelian bahan api atau barang-barang tertentu ianya boleh digunakan banyak kali. Cuma mungkin implementasinya agak sukar. Tapi kalau ianya lebih baik, apa salahnya di cubakan. You all rasa macam mana? Ok ke tak Ok?

Comments

  1. ok jugak tu,jadi semua boleh menggunakan duit tu secara berhemat kan bila ditukar dengan kad..

    ReplyDelete
  2. sbg rakyat memang mmg setinggi2 terima kasih diucapkan kepada kerajaan di atas bantuan yg diberikan. Tapi cara pemberian bnyk memberi tekanan kepada org bujang yg berpendapatan sederhana.. sbg contoh BRIM hanya layak utk mereka yg berpendapatan RM2k ke bawah. PRIM pula untuk mereka yg berpendapatan RM2.5k ke atas. Bagi mereka yg berpendapatan di antara RM2k-2.5k, dua2 x dapat..

    ReplyDelete
  3. huhuhu...BRIM 1,2,3 semua akak x dpt tapi nak komen juga. kad diskaun pun pihak berwajib kena buat pemantauan, banyak pula kes-kes subsidi sebelum ni

    ReplyDelete
  4. ok jugak tu, bagi mengelakkan penyalahgunaan atau penggunaan duit yang sia2 kan?

    ReplyDelete
  5. Assalam
    Nampaknya ia lebih praktikal di sudut membantu. Insyaallah bagus itu.

    ReplyDelete
  6. Idea yang bagus untuk difikirkan oleh kerajaan. Pemberian cash memang patut dihentikan.

    ReplyDelete
  7. errr... no komen... tak reti langsung bab ni... cuma harapnya jangan sampai golongan pertengahan tertindas sebab nak upgrade golongan yang berpendapatan rendah... Rasanya kalau bagi cukai kaw kaw kat mereka yang income jutaan ringgit sebulan tu lagi bagus kut... (no komen, tapo komen jugak huhuhu). :p

    ReplyDelete
  8. pada pandangan aiza lebih elok bagi kad diskaun.. namun perlu dipantau juga penggunaannya.. selain itu, kad itu perlu dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan agar ianya tidak sewenang-wenangnya dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.. klik komli dan churp2.. tabung lain tak keluar pula..

    ReplyDelete
  9. Harap dpt mendisiplinkan lagi para penerima bila berbelanja...

    ReplyDelete
  10. Ada eloknya juga utk tujuan tertentu shj.. tp nak buat kad tu pun kos juga huhu.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat