Kelebihan Penghulu Istighfar


http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/319039_10151251522495180_1800834918_n.jpg
Kelebihan Istighfar

Penghulu istighfar


Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog santai. Istighfar dalam pengertian (Bahasa Arab: إستغفار) adalah memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Sebagai seorang manusia kita tidak terlepas dari melakukan dosa samada kecil atau besar. Oleh itu, kita sangat dituntut untuk beristighfar sebanyak yang mungkin setiap hari untuk memohon keampunan daripada Allah. Doa istighfar yang paling utama adalah sayyidul istighfar (penghulu segala istighfar). 

http://wanssihabuddin.files.wordpress.com/2013/04/penghulu-istighfar1.gif
Penghulu Istighfar

(Ya ALLAH! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan perbuatan ku. Aku mengakui nikmat-Mu kepada ku dan aku mengakui dosa ku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (Riwayat Bukhari no. 6306)

Amalan Penghulu Istighfar


Sekurang-kurangnya di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Sebaik-baiknya dibaca 100 kali dalam masa sehari.

Kelebihan Penghulu Istighfar


Kelebihan penghulu Istighfar ini menurut Nabi Muhammad SAW, “Sesiapa mengucapkannya pada siang hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada petang harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga. Begitu pula jika diucapkan pada malam hari dengan meyakini maknanya, lalu dia meninggal pada pagi harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga.”

Alangkah ruginya kita, jika amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberikan kekuatan agar kita mampu mengamalkannya. Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Wasalam.

Comments

  1. Alhamdulillah..berkongsiayg baik!!Tq.. :)))

    ReplyDelete
  2. astagfirullah al azim...
    salam jumaat Raudz..tq mengingatkn..

    ReplyDelete
  3. Boleh dilagukan istighfar ini dik. Kakak suka dan kepada yg tak hafal kalau selalu dengar radio ikim pasti akan hafal istighfar ini sebab ianya boleh dilagukan dan seronok dijadikan mainan bibir kita...

    Apapun kalau yg pendik pun boleh aje.. Astaghfirullahal'aziim..

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan kita semua beroleh keampunannya. Salam jumaat raudzah.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the reminder kak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. T.kasih atas perkongsian..salam Jumaat Raudzah

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. t kasih Raudzah... Salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
  8. perkongsian yg sgt bagus nie kak.. terima kasih.. :-)

    ReplyDelete
  9. sangat bermanfaat perkongsian ini.. bersama-sama kita mengamalkannya, salam jumaat.. menabung komli, visa, mcD..

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian raudzah...info yg sangat berguna..

    ReplyDelete
  11. Penghulu istighfar sekali baca menyamai 1000 kali bacaan istighfar biasa. Gelaran yang diberi sendiriboleh junjungan mulia nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  12. Penghulu istighfar sekali baca menyamai 1000 kali bacaan istighfar biasa. Gelaran yang diberi sendiriboleh junjungan mulia nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  13. ketenangan jiwa akan dapat jika amalkan penghulu istighfar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat