https://www.tripextras.com/files/airports/SIN.jpg
Lapangan Terbang Changi

KLIA Lapangan Terbaik Dunia?


KLIA Lapangan Terbaik Dunia? Jawapannya tidak ya. Lapangan Terbang Terbaik Dunia adalah milik Lapangan Terbang Changi, di Singapura. Ini adalah merupakan tahun kedua pemilihan ini dibuat.
http://aedesign.files.wordpress.com/2010/01/800px-incheon_international_airpot_interesting_architecture.jpg
Incheon International Airport (Korea) 

Incheon International Airport (Korea) berada di tempat kedua, Munich Airport tempat ke tiga, Hong Kong International Airport tempat keempat, Amsterdam Schiphol Airport tempat kelima, Tokyo International Airport (Haneda) tempat keenam, Beijing Capital International Airport tempat ketujuh, Zurich Airport tempat kelapan, Vancouver International Airport tempat kesembilan dan London Heathrow Airport tempat kesepuluh.

Lapangan Terbaik Dunia Pilihan Pelanggan


Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu yang merupakan perakuan paling berprestij dalam industri lapangan terbang, dan diundi oleh pelanggan dalam kajian kepuasan pengguna lapangan terbang dunia terbesar setiap tahun.
 
Kajian itu menilai kepuasan pelanggan daripada pelbagai segi. Antaranya, pemeriksaan masuk, ketibaan pemindahan, membeli-belah, keselamatan dan imigresen, dan juga pelepasan di pintu berlepas.

http://www.world-airport-codes.com/content/uploads/2013/08/KUL_dan_johari_klinernationalairportklia_eu2uvd8u0a.jpg
KLIA

Agak-agaknya kenapa KLIA tak terpilih ya? Untuk pengetahuan semua, KLIA pernah berada di kedudukan ke-9 lapangan terbang paling sibuk di dunia, dan yang ke 4 paling sibuk di Asia pada tahun 2010. Agak Malang bagi KLIA, kerana akhir-akhir ni banyak perkara yang berlaku. Kehilangan misteri pesawat MAS MH370 pastinya menambahkan lagi kedukaan yang ada.

1. Rahsia Wanita 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni