Pesawat MAS Di Serang Unggas
Pesawat MAS Di Serang Unggas
Biarpun kisah kehilangan misteri MH370 belum lagi selesai, MAS diuji lagi. Kalau MH370 yang hilang menghala ke Beijing, China, kali ini pesawat MH144 yang menuju ke India di serang unggas semasa mendarat.
Namun mereka bernasib baik kerana pesawat MH114 yang membawa 180 penumpang dan anak kapal tersebut terselamat daripada mengalami sebarang bencana apabila sekumpulan unggas merempuh cermin hadapannya (menyebabkan kerosakan pada cermin pesawat) ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada malam Jumaat. Mengikut petugas yang berada di sana, mereka tidak pernah melihat sebegitu banyak unggas berada di tempat tersebut walaupun ada beberapa kejadian yang melibatkan unggas berlaku sebelum ini.
Kerosakan pesawat Di Serang Unggas
Sejak tahun 1990, terdapat Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA. Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.
Pesawat MAS: Terkini
Pihak MAS hari ni, mengesahkan pesawat MH066 dari KL ke Incheon (Korea) pada 23 Mac 2014 (semalam) terpaksa dilencongkan ke Hong Kong kerana masalah teknikal.
P/s: Kalau you all perasan, ada kalanya dalam kehidupan kita, ada perkara yang berlaku berturut-turut. Ada berita gembira dan ada juga berita yang kurang elok. Dalam kes MAS, mereka diuji dengan peristiwa-peristiwa yang kurang elok berturut-turut. Cuma nasib mereka yang terlibat aje berbeza. Bermula dari kerugian after kerugian, sekarang diuji dalam bentuk kemalangan kapal terbang. Mungkin adabaiknya pengurusan MAS melihat kembali rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan mohon petunjuk dari Allah. #Pray4MH370
Diserang unggas pulak...huh bahaya2
ReplyDeleteBetul tu...pengurusan kena lihat kembali secara mendalam kejadian2 yg menimpa MAS ini. Muhasabah dan mohon petunjuk Allah swt.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Allahurabbi.. semoga pesawat2 penerbangan selamat mendarat..
ReplyDeletemesti semua penumpang dah kecut perut kan
ReplyDeleteMacam-macam ujiannya. Alhamdulillah, selamat.
ReplyDeleteKepimpinan kena segera sedar atas apa juga yg terjadi. Kembalilah kita sujud mohon pada Allah. Walau tinggi mana pun teknologi tak ada yg mampu mengatasi kudorh dan irodah Allah..
ReplyDeletekadang2 kita tak sedar, kita cuba menandingi kekuasaan Allah, semoga peristiwa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran. Kembali kepada Pencipta, minta pertolonganNya...
ReplyDeleteMacam2 dugaan MAS dan negara kita skrng ni.. semoga Allah lindungi & permudahkan segalanya... aamiin..
ReplyDeleteAdalah sebab apa Allah uji begitu... Moga MAS muhasabah diri... Sama ada bala atau ujian utk kesedaran..
ReplyDeleteaduhai lepas satu satu dugaan yer.. kena bermuhasabah lah !
ReplyDeletedugaan di dunia...
ReplyDeleteUjian demi ujian... sebaiknya kembali kepadaNya...
ReplyDeletebiasalah kan kat sana geogarfinya berbukit bukau.....
ReplyDeletejalan terbaik kembali pada Allah.. menabung inti, komli, inti.. :D
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة عزل اسطح بالمدينة المنورة
شركة تسليك مجاري بالمدينة المنورة
شركة تنظيف وصيانة مسابح بالمدينة المنورة
شركة تنظيف الاثاث بالمدينة المنورة
شركة تنظيف ستائر بالمدينة المنورة
شركة جلي بلاط بالمدينة المنورة
شركة تنظيف مساجد بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركات تنظيف خزانات بجدة
نقل عفش بالخبر
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالاحساء
شركة نقل عفش بجدة
نقل عفش بالمدينة المنورة
نقل عفش بالطائف