Solat Duduk (Klik Untuk Besarkan Imej) (Source)

Tak Perlu Solat Jika Sakit


Hanya 20% pesakit beragama Islam menunaikan solat semasa mendapatkan rawatan di wad HSNZ, Terengganu. Ini bermakna 80% lagi tak solat. Pelbagai alasan diberikan. Data ini telah dikeluarkan oleh Persatuan Pembelajaran Perubatan Pasca Siswazah (PGMES) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ. Dan kita pasti situasi ni bukan hanya berlaku di HSNZ tapi ditempat lain juga. Kritikal Kan!!!

Mungkin ramai diantara kita yang masih keliru bahawa solat itu adalah WAJIB walaupun ketika sakit. Lagipun hanya dengan solat kita akan memperolehi ketenganan jiwa. Dalam Islam sendiri, ada cara-cara tertentu untuk solat bagi mereka yang sakit untuk memudahkan sipesakit. Antaranya adalah:

http://www.islampos.com/wp-content/uploads/2013/03/shalat-orang-yang-sakit.jpg
Solat Mengiring (Source)

Cara Solat Orang Sakit


1. Diwajibkan ke atas orang yang sakit untuk solat berdiri apabila mampu.
2. Jika tidak mampu berdiri maka lakukan solat wajib dengan duduk.
3. Jika tidak mampu melakukan solat berdiri dan juga duduk maka boleh berbaring mengiring ke kanan atau ke kiri dengan menghadapkan wajahnya ke arah kiblat.
4. Jika tidak mampu mengiring, boleh lakukan solat dalam keadaan terlentang dengan menghadapkan kakinya ke arah kiblat. Jika kiblatnya arah barat maka letakkan kepala di sebelah timur dan kakinya di arah barat. Gunakan mata jika tidak berupaya menggerakkan anggota lain.
5. Dan jika tidak mampu melakukan kesemua di atas, maka solatlah dengan hati. Solat masih wajib selagi akal kita masih sihat.

Semoga kita sama-sama menjaga solat kita walau dalam apa keaadan sekalipun. Waktu susah dan waktu senang. Begitu juga waktu sakit dan waktu sihat.