Ngeri: Kelar Leher Rakan Hingga Mati Ketika Solat Berjemaah
Jenazah mangsa diiringi isteri dikebumikan
Kelar Leher Rakan Hingga Mati Ketika Solat
Ngeri. Kelar leher rakan ketika sama-sama solat berjemaah. Bunyinya agak pelik. Tapi itulah kenyataannya apabila seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila mengelar leher rakannya hingga mati ketika sedang berjemaah Maghrib di sebuah
masjid di Tampoi, Johor.
Pada ketika kejadian, kedua-dua mereka berada di saf yang paling belakang. Jadi tiada siapa yang menyedari perbuatan tersebut. Dan yang menjadi lebih kejam, si pembunuh sempat sempat mencuci tangan berlumuran darah selepas mengelar rakannya
sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak
perbuatannya dikesan.
Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Syukri Abu Bakar @
Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di
beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian. Kedua-dua mangsa dan si pembunuh dipercayai adalah bekas pesakit mental di Hospital
Permai di Tampoi, Johor.
Syaitan Uji Ketika Solat
Ngerikan bila jadi macam ni. Dalam solat pun Allah masih menguji kita. Dan pastinya semua ni dorongan syaitan. Bukan pesakit mental pun mungkin akan bertindak melakukan perkara yang sama jika kita kalah kepada hasutan syaitan. Ingat lagi tak kes
bapa sembelih tiga anak di Shah Alam. Beliau juga baru sahaja selesai menunaikan solat Asar dan bukan pesakit mental. Semoga Allah menjauhi kita semua dari godaan syaitan yang melampau.
dalam masjid pun nak buat onar..aduhai..
ReplyDeletesubhanallah..pendek betul akal mereka nie
ReplyDeleteSukar ditafsirkan...kenapa mereka boleh bertindak sampai sedemikian. Wajar dilakukan kajian dan didedahkan untuk kebaikan bersama.
ReplyDeletewah.. kok bisa begitu yah..
ReplyDeleteSampai macam tu sekali nak solat pun sanggup membunuh. Pesakit mental kena waspada selalu.
ReplyDeleteNgeri nya...apa perasaan dia agaknya...tak dapat nk bayangkan...
ReplyDeleteAstagfirullah... semoga ia menjadi tiket kpd mangsa utk terus ke syurga... Al Fatihah... aamiin..
ReplyDeleteNgerinya...semoga dijauhkan dari segala bala...
ReplyDeleteSemoga sholat kita selalu bisa terhindar dari godaan syetan yang terkutuk ya mizz.
ReplyDeletengerinya.. semoga dijauhkan dari gangguan syaitan.. nuff semua keluar churp2.. aiza klik 3 kali komli..
ReplyDeleteKedua2 pesakit mental.. Klu siuman mmg de something wrong la tu..
ReplyDelete