Piala Thomas: Malaysia Mara Ke Akhir Bertemu Jepun

 Final Piala Thomas 2014
Datuk Lee Chong Wei Memberikan Mata Kemenangan Pertama Untuk Malaysia

Malaysia Ke Akhir Piala Thomas 2014


Setelah hampir 13 tahun tidak beraksi di peringkat akhir Piala Thomas, akhirnya Malaysia berjaya melakukannnya. Tahniah Malaysia. Malaysia bakal bertemu Jepun di Akhir Piala Thomas 2014. Sebenarnya perlawanan separuh akhir semalam bertemu Indonesia sememangnya sangat menarik. Fighting spirit yang ditunjukkan oleh pemain malaysia begitu tinggi. Dah lama kita tak tengok game yang best macam semalam. Kemenangan Datuk lee Cong Wei, di set pertama benar-benar memberikan semangat yang juang yang tinggi kepada dua lagi rakan sepasukan.

Final Piala Thomas 2014
Pasangan beregu negara, Hoon Tien How (kanan) bersama dengan Tan Boon Heong (kiri) memberikan mata kedua untuk Malaysia
Final Piala Thomas 2014
Chong Wei Feng memberi mata kemenangan kepada Malaysia

Malaysia Kalahkan Indonesia 3-0


Kemenangan 3-0 ke atas Indonesia semalam berjaya menebus kembali kekalahan yang dialami pada tahun 2002 apabila Malaysia kalah kepada Indonesia, 3-2 di peringkat separuh akhir Piala Thomas. Malaysia akan bertemu Jepun yang telah mengalahkan China. Juga 3-0. Kejayaan Jepun mengalahkan China agak mengejutkan kerana China adalah juara bertahan Piala Thomas selama lima kali berturut-turut sejak 2004.

Nampaknya dua pasukan underdog akan beraksi di Final Piala Thomas 2014. Malaysia pastinya ingin merebut kembali piala Thomas setelah hampir 23 tahun terlepas dari gengaman. Dan pastinya Jepun juga ingin melakukan kejutan. So good luck untuk pasukan Malaysia. Semoga Piala Thomas 2014 kembali menjadi milik kita. 

Comments

  1. Alhamdulillah sangat gembira ^_^

    ReplyDelete
  2. chayok pasukan bdminton negara! i'allah ada rezeki..kemengan brpihk kpd mlysia!

    ReplyDelete
  3. Tahniah pasukan Malaysia... ada harapan bawa balik Piala Thomas tahun ni.

    ReplyDelete
  4. Hopefully sweet memory 1992 akan berulang lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. x sabar nk tengok perlawanan petang ni..

    ReplyDelete
  6. all the best malaysia team..

    ReplyDelete
  7. Lambat pulak sampai sini.. kalah dah.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat