Tahniah Pahang, Juara Piala FA 2014

 
Pahang, Juara Piala FA 2014

Pahang, Juara Piala FA 2014


Tahniah pasukan Pahang kerana muncul sebagai Juara Piala FA 2014 dengan mengalahkan Felda United 2-1. Inilah piala ketiga yang dimenangi oleh pasukan Pahang selepas Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Walaupun bermula dengan sedikit perlahan pada separuh masa pertama, pasukan Pahang bertindak lebih aggresif di separuh masa kedua. Kemasukan Mohd Faizol Hussien menggantikan Matiaz yang cedera telah memberi tuah kepada pasukan Pahang apabila beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan yang cantik pada minit ke 80.  Beliau juga turut memberikan sumbangan kepada gol kemenangan apabila bola cantik hantaran beliau disudahi oleh Edward Junior Wilson dengan jaringan gol pada minit ke 88. 

 
Piala FA 2014 Milik Pahang
 Pemain simpanan jadi pemusnah
Nwakaeme Meraikan Gol Kemenangan Pahang

Tahniah juga untuk pasukan Felda United yang berjaya beraksi cemerlang di separuh masa pertama. Jaringan gol pertama mereka yang dilakukan oleh Edward Junior Wilson pada minit ke-22 memberikan keyakinan kepada kesebelasan pemain. Namun mereka seolah-olah hilang arah pada separuh masa kedua. Ini memberikan peluang kepada pasukan Pahang untuk menguasai permainan. Apa-apa pun tahniah untuk mereka kerana telah memberikan saingan yang sengit sepanjang 94 minit perlawanan. Malangnya rezeki bukan milik mereka.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat