AS Bunuh Rakyat Palestin Di GAZA
Aset Ketenteraan Yang Di Bekalkan AS Sejak Minggu Lalu.
AS Bunuh Rakyat Palestin
Amerika Syarikat (AS) sememangnya sekutu kuat Israel. Merekalah yang sebenarnya membunuh rakan-rakan kita yang tak berdosa di GAZA. Tanpa bantuan mereka jutaan rakyat Palestin mungkin masih bernyawa. Tiada anak yang kehilangan ibu dan ayah, tiada ibu yang kehilangan anak dan tiada saudara yang kehilangan saudara yang lain.
Inilah senario sebenar yang berlaku. Ketika dunia menentang kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin di GAZA, mereka dengan sewenang-wenangnya membenarkan Israel menggunakan
stok simpanan peluru milik mereka. Stok penimbal terdiri daripada
peluru berpandu, kereta perisai dan peluru meriam telah diberikan kepada
Israel sejak minggu lalu sebagai sebahagian daripada program kendalian AS dikenali sebagai War Reserves
Stock Allies-Israel (WRSA-I).
Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel juga turut menghantar surat
kepada kepimpinan Kongres meminta AS$225 juta (RM720 juta) untuk
pembiayaan tambahan kepada Israel pada minggu lepas.
Inilah wajah sebenar pembunuh rakyat Palestin. Tanpa sokongan mereka Israel tak akan mampu melakukan kezaliman berterusan yang dilakukan sekarang. Jadi perlukah Malaysia mempunyai hubungan bilateral dengan mereka. Perlukan Malaysia menyanjung tinggi pemimpin-pemimpin mereka?
clueless already,
ReplyDeletedulu sangka obama ada darah islam, tapi tak kejam... entah laa kak raudzah... dunia akhir zaman :(
sedih mengenangkan nasib mereka di sana... T T
ReplyDeletebila agaknya akan berakhir..semakin ramai saudara islam kita terkorban..
ReplyDeleteAS mmg ada sebalik setiap kekejaman yg berlaku ke atas negara islam...
ReplyDeleteAS pun didokongi oleh yahudi... mmg pasti mereka sokong zionis. Pengkalan utama zionis adalah di AS bukan Israel... wallahualam...
ReplyDeleteSalam untuk semua. Yahudi ini iblis dan US pula syaitan, maka biasalah bila mereka berganding bahu. Hendak marahkan US pun tiada guna. Yang paling menyedihkan bila Negara Islam sekeliling Palestin hanya berdiam diri terutamanya Mesir. Yang patut kita marah ialah Mesir ini, Negara Islam yang menjadi boneka yahudi.
ReplyDeleteTakde sape boleh 'usik' Israel ni selagi AS backup diorang. memang dari dulu presiden-presiden diorang dah tunjuk sokongan. bezanya Obam ni buat senyap-senyap, nampak je macam baik..
ReplyDeleteThat's cruel.
ReplyDeletemmg AS kejam mcm Israel...Kesian.... :'(
ReplyDeleteSabarlah Saudara ku Palestin
oldtown for u sis.. :D salam sabtu
DeleteSedih tgk keadaan kat gaza... lebih2 lagi anak2 kecil, warga tua dan perempuan... :( moga Allah sentiasa melindungi mereka...
ReplyDeletezionis sangat kejam,tapi pembekal senjata untuk mereka melakukan kekejaman itu juga kejam..
ReplyDeletemereka la ketua segalanya.. itu pun tak sedar2 lg. semoga allah melindungi rakyat palestin. aminn. klik2 sony dan oldtown.
ReplyDeletep/s: selamat hari raya buat raudzah sekeluarga
kalau hari tu A.S mempertahankan Israel... sekarang membekalkan senjata pula.. memang sangat kejam...!!
ReplyDeleteZalim..kejam
ReplyDeleteAS tu memang tak boleh pakai.
ReplyDeleteTalam 2 muka.
Obama tu..ingat boleh percaya sangat?
Itulah... Ramai je tahu tapi ramai juga yg dok bangga dgn produk AS..
ReplyDelete