Hilang Pedoman Kerana Peugot

Gadis mengamuk Kerana Peugot 
Hilang Pedoman Kerana Peugot 

Gadis Mengamuk Peugot Di Langgar


Rasanya ramai yang dah menyaksikan video seorang gadis mengamuk bagai histeria, bila kereta peugot barunya dilanggar dari belakang. Bila kita tengok video tu, sedih pun ada kesian pun ada. Yalah inikan bulan puasa. Kenapalah mengamuk sampai macam tu sekali. Kita pasti kalau dia tengok kembali video tu, mesti menyesalkan. Sama macam kes Isteri Mat Yo... 



Bila kita tengok video ni teringat kereta kita pun pernah dilanggar dari belakang masa bulan puasa. Kereta baru jugak tau. Teruk lagi keadaannya. Alhamdulillah masih boleh kawal diri walaupun memang marah sangat. Apa-apapun, kalau kejadian macam ni berlaku memang kena banyak bersabar. Kalau rasa-rasa nak mengamuk kena cepat-cepat beristighfar. Sekarang ni zaman teknology. Kejab aje dah tersebar.  Ibarat bayar cash. So bukan setakat kereta aje yang rosak, jiwa pun pasti tertekan selepas kejadian nikan. Semoga kes ni  menjadi pengajaran untuk kita semua...

p/s: Kita cuma agak pelik kenapalah tak ada orang yang menenangkan keadaan. Kenapa semua tengok aje. Orang Malaysia memang macam ni ke? Nasib baik tak diketuk nya pak cik tu.. 

 
Uncle Dah Jadi Selebriti 
Terkini:

Uncle ni dah jadi selebriti. Ramai yang nak berselfie dengannnya. Dan dia dah maafkan Kiki@gadis mengamuk.

Comments

  1. Aiyoyo....Terkejut tgk vdeo ni...dah lah pempuan....

    ReplyDelete
  2. tak lama lagi mesti uncle ni jadi pelakon terbitan david teo... hihi...

    kelihatan ramai pulak yang marah uncle tu walaupun uncle tu cakap dia tak sengaja..

    orang malaysia memang begini peel, tengok je.. rakam je.. hurm

    ReplyDelete
  3. terkejut juga bila tengok video yang tersebar kat facebook ni.... keluarga pun tarpaksa tahan malu juga.

    ReplyDelete
  4. alahai, kesiannya saya dgn adik tu, perasaan marah sudah menguasai diri sampai dia tidak ingat apa2 dah..semoga menjadi tauladan utk kita semua...klu jadi apa2 hal bawak bersabar dulu...

    ReplyDelete
  5. satu perkataan untuk perempuan ni... KESIAN.

    ReplyDelete
  6. terlajak perangai x blh diundur
    lbh2 lagi dah menjadi rakaman video..
    sure perempuan tu dpt impak besar lepas video ni ditayangkan
    hadoi..beristigfar byk2
    sama la..baru je nak ckp mcm bini matyo
    moga jd pengajaran semua

    ReplyDelete
  7. baru je tadi tgk video tu..rsa malu pulak..awak tu dah la wanita, pkai tdung..trjerit2..dah la dgn org tua..aduhai..nseb pk cik cool..kna org tu bonzer ke, mau pompuan tu pulak yg kna hentak dgn steereng lock tu..

    ReplyDelete
  8. kesian...mlas dah nak komen..dah viral sangat dah...
    dove n invest :P

    ReplyDelete
  9. emm,mungkin mood dia xbaik kot masa tu..

    ReplyDelete
  10. kesian..kesian..kesian..ambil iktibar daripada kisah dia.belajar kawal emosi.

    ReplyDelete
  11. itulah pakai kereta putih buruk, mengamuk tak tentu pasal, kalau wajah hodoh tak pe, jangan perangai hodoh!

    ReplyDelete
  12. Teringat pulak kes bini mat yo mengamuk dulu, apasal pompuan suka mengamuk cam ni, nasib uncle tu tak de sakit jantung.

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. invest smart, dove n promoted content utk raudzah :)

      Delete
  14. Baik pak cik tu sebab tak nak report tapi polis sendiri dah buka kertas siasatan.

    ReplyDelete
  15. Gilalah... kan tak pasal2 jadi glamer perempuan tu.. Kiki.. hehee.. :D

    ReplyDelete
  16. semoga gadis itu betul2 insaf dan semoga kita dijauhkan daripada aib sebegini

    ReplyDelete
  17. Tak pasal-pasal dah riuh mana nak beli stereng lock germany kat mane kikiki

    ReplyDelete
  18. Macam mana orang nak tenangkan dia sis... tak nampak ker apa yang dia pegang... tak pasal2 jer dapat free plak... wakakakaka :D

    ReplyDelete
  19. This is a great lesson for everyone. Need to be calm.

    ReplyDelete
  20. hrmm...buat malu diri sendiri jer buat perangai cam tu kan?

    ReplyDelete
  21. Dua generasi berbeza dengan dua sikap yang berbeza. Teladan untuk kita semua...ingatlah, kita tidak tahu nasib kita, mungkin satu hari nanti...aksi kita pula dirakam dan dipertontonkan. Sebelum ianya terjadi...sentiasalah berkelakukan baik dan berbuat baik.

    ReplyDelete
  22. Elek ramai yang komen baik baik tu poyo je sebenarnya, mangkuk, korang dengki dengan awek tu sebab dia mampu beli kereta mahal. Korang mampu? bongoklah kalau baru keluar U dah boleh beli kereta harga seratus ribu lebih. Kalau gaji setakat 3 ribu jangan mimpi lah wey.

    Dia baru je beli kereta tu, kereta tu mahal
    Tengah seronok seronok dapat tayang kereta baru tiba-tiba kena langgar pulak, belum sempat tayang kat kampung

    Model Peugeot 208GTI
    harga: RM136,000.00
    Bulanan: -RM1,890.00
    Gaji kena ada sebulan RM8,000.00

    Tu yang eksyen sikit tu.

    Korang yang kutuk-kutuk tu mampu ke, bayar bulan macam awek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mampu bayar mahal tapi perangai fail buat apa? Kalau kaya kena berlagaklah? Ke ko ni anak beranak dia?

      Delete
    2. btw, kereta aku kena langgar 3 kali dan lagi teruk. Mintak orang bayar sudahlah.

      Delete
  23. Aku mampu beli, tapi tak bodoh nak belanja harta dunia sebegitu mahal, dah mati nanti kenderaan Jenazah juga ko naik.

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum... raudz,

    Moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua....

    mselim3

    ReplyDelete
  25. hmm.. fikirkan dari positif.. apa hikmah yg Allah nak kita fikir..

    ReplyDelete
  26. jadi iktibar pd kita semua...org malaysia mmg mcm tu..masing2 sibuk merakam jer..bknnya nk tenangkan org tu...
    sekejap je nk glemer

    ReplyDelete
  27. 2 promoted content + investment for u :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat