Imam Rebutan Dari Penjara
Imam Rebutan
Inilah wajah, Muhammad Jamaluddin, 16, yang kini menjadi Imam Rebutan sejak rakaman hafalan surah al-Quran berdurasi 2 minit 29 saat itu mula tersebar di internet. Beliau yang dikatakan berasal dari Thailand, kini menjalani hukuman penjara selama enam bulan di penjara Machang, Pengkalan Chepa kerana kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah.
Sebelum dipenjara, Muhammad terlebih dahulu ditangkap penduduk kampung di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa pada 18 Jun lalu kerana didakwa mencuri. Namun beliau dibebaskan kerana tiada bukti kukuh. Walaubagaimanapun beliau ditahan semula pada keesokan harinya kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.
Nasib Muhammad berubah wajah apabila rakaman suara beliau yang dibuat untuk tujuan pemilihan imam untuk penjara di mana beliau ditahan, menjadi viral. Ramai yang berminat untuk menjadikan Muhammad anak angkat, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pada ketika ini, Muhammad dijadikan Imam untuk solat fardu dan terawih di penjara berkenaan. Alhamdulillah. Inilah ketentuan Allah. Dari seorang pelarian, Allah telah mengangkat status Muhammad menjadi lebih baik. Suara merdu alunan bacaan suci Al Quran Muhammad telah menyelamatkan beliau.
7. Bahaya..Jangan Cuba
Assalamualaikum kak, Alhamdullilah. dimurahkan rezeki dia.. jadi imam.. sheila singgah menabung dove sini ~~~
ReplyDeletemerdu suara dia.. bacaan pun sedap je dengar.. masyaAllah..
ReplyDeleteitulah hikmah dan ganjaran atas apa yg berlaku ke atasnya ... invest di tengahari
ReplyDeleteMerdu sangat.. Mengusik jiwa..menyentuh hatiku yang kian kelam..
ReplyDeleteAmpunilah aku, Ya Allah. Ampunilah kami semua.
Subhanallah..merdunya suara saudara nikan..Sesungguhnya Allah melindungi org2 yang dikehendakiNya..
ReplyDeleteDOVE for u sis..:D salam jumaat
Deletesubhanallah, merdu suaranya.. :)
ReplyDeletedtg singgah sini, salam jumaat. :)
SubhanAllah... dengar kata dia budak tahfiz... :) salam jumaat kak raudzah..
ReplyDeleteSubhanallah. . Memang rezeki dari Allah tak disangka..
ReplyDeleteP/s: dah dapat kad raya..thanks!
salam. alhamdulillah..
ReplyDeletesalam jumaat kak :)
Semoga dia dipermudahkan dalam apa jua urusan. Sedap dia alunkan al-Quran.
ReplyDeleteSalam Jumaat Raudzah.. Setiap orang dengan rezekinya masing-masing kan
ReplyDeleteSalam jumaat kak ...kisah ini benar ea..sy hnya tahu drpd wasep teman2 yg send pd saya.. Allahu akbar ... merdunya suaranya ..moge dipermudahkan urusannya .
ReplyDeleteSemoga Allah mengampuni & membuka jln kebaikan kpd beliau... aamiin... Salam Jumaat Raudzah... :)
ReplyDeletekesalahan dia sebab tinggal di Malaysia tanpa sebarang dokumen yang sah... memang sangat merdu suaranya.
ReplyDeleteIndahnya bacaan al-Quran. Tanda kebesaran Allah, mukjizat hingga ke akhir zaman
ReplyDeleteSalam Jumaat Raudzah
ReplyDeleteMaha Besar Allah..
ReplyDeleteTak boleh bukak pulak youtube tu Raudzah...teringin nk dengar suaranya
ReplyDeleteada hikmah disebalik tangkapan beliau tu
ReplyDeleteSedap betul suara Muhammad... Moga Allah berkati dan lindungi dia..
ReplyDelete